Berita Terkini| Polis Johor tangkap lebih 18k pesalah dadah pada 2020! Tumpaskan 15 sindiket!

Published by
KitaReporters

Antara barangan berkaitan kes dadah yang berjaya dirampas Polis Johor. - Kredit foto: FB Polis Johor


POLIS Johor berjaya menangkap seramai 18,837 orang pesalah dadah dan menumpaskan 15 sindiket berkaitan barang terlarang berkenaan sepanjang tahun 2020.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 8,390 kes membabitkan kesalahan memiliki dan membekal dadah.

“Jumlah tangkapan direkodkan pada tahun 2020 itu adalah jumlah tertinggi antara kontinjen seluruh negara.

“Tahun 2021 ini pula, setakat ini sahaja 9,506 individu telah ditangkap dengan 5,016 adalah bagi kesalahan membekal dan memiliki dadah.

“Setakat September 2021, sebanyak 70 peratus kes sudah dituduh di mahkamah membabitkan 16 sindiket. Peratusan ini catatkan peningkatan berbanding 51 peratus pada tahun 2020,” katanya yang dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, 20 September 2021.

Ujar beliau lagi, sejak  Januari 2021 sehingga kini sebanyak 10.91 tan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM352 juta telah berjaya dirampas. - KitaReporters


13
13
0
16
0

Copy Link: