PERDANA Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah anggota Jemaah Menteri di Istana Negara.

Beliau terpaksa menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan yang turut memaklumkan Ismail Sabri akan menyertai secara maya sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada esok, 31 Ogos 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: