Pensyarah Undang-undang hasilkan video merdeka

Published by
MOpress

Chan (kiri) dan Indran bertemu untuk meraikan hari kemerdekaan ke-64.

Abdul Ibrahim atau Megat bersiap untuk berniaga di Taman Wawasan Puchong (1).

Megat melayan pelanggan digerainya.

Chan (kiri) dan Indran gembira bertemu.

Tiga sahabat Indran, Chan dan Megat bertemu di gerai nasi lemak.

Gembira bertemu di hari ulang tahun kemerdekaan ke-64.

Stan Agilan Emmanual 43 tahun  dilokasi pengambaran.

Stan Agilan bersama anaknya  Isaac Matthias Emmanual yang bermain gitar sebagai muzik negaraku dalam video itu.

Pensyarah undang-undang kolej swasta Stan Agilan Emmanual 43, menerbitkan video sempena kemerdekaan  ke-64 bertajuk Sebungkus Nasi Lemak yang mengisahkan tiga orang sahabat Abdul Ibrahim (Megat), Adam Khoo (Chan) dan Piragasam Kullapuri (Indran) bertemu di bulan kemerdekaan.

Katanya, idea untuk membuat pengambaran ini tercetus sejak awal Januari 2021 lalu selepas menyertai kursus yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selama lima hari namun kerana COVID-19 pengambaran ini terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan.

“ Bersempena dengan sambutan kemerdekaan bertemakan Malaysia Prihatin 2021 saya bersama Ahmad Yirozainee dan enam rakan lain bertekad untuk menghasilkan juga video untuk ditayangkan pada hari kemerdekaan 31 Ogos 2021 ini,” katanya ketika dihubungi.

Perbincangan secara maya dibuat termasuk menghubungi Megat, Chan dan Indran untuk menghasilkan juga video ini dengan kerjasama dari mereka dan keluarga terutama ketika PKP dan COVID-19 ini.

Stan Agilan berkata, kesepakatan antara mereka akhirnya mencapai keputusan apabila keluarga mereka juga mengizinkan dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Maka bermulalah pengambaran selama tiga hari dengan mengikuti pergerakan Megat dan isteri beliau Safiah Osman yang menjual nasi lemak dari rumahnya di Taman Wawasan Puchong (1) sehingga ke tempat jualan lebih kurang 250 meter jauhnya.

Manakala Chan dan Indran yang membawa teksi pula memberikan kerjasama yang baik termasuk melakonkan watak dengan penuh gaya dan mencuit hati walaupun mereka menyatakan tidak pandai berlakon pada mulanya.

Babak ketika Chan dan Indran yang hampir berpelukan ketika bertemu juga menarik kerana masing-masing terpaksa mengelakkan untuk berpeluk kerana perlu mematuhi SOP.

Manakala Megat yang bergerak dari rumah hingga membuat persiapan di gerainya termasuk menyediakan sanitizer dan pengimbas suhu seolah-olah watak yang dilakonkan itu sudah dijiwai.

Penghasilan video ini juga turut menampilkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong (1) Isaac Matthias Emmanuel 15, yang bermain gitar ketika muzik lagu Negaraku dimainkan.

Stan Agilan Emmanual berharap video Sebungkus Nasi Lemak yang dihasilkan dengan bimbingan Puvanesvari Subramaniam, Nandagobalan Vengettasamy, penyunting Ash Hadzri dan krew yang membantu serta Finas diharap dapat memberi kepuasan kepada penonton sekaligus memberi perangsang kepada mereka untuk menerbitkan lebih banyak video nanti.

0
0
0
0
0

Copy Link: