Honor Magic Vs dilancarkan! Telefon boleh lipat dinantikan penggemar! Kempen prapesan dah bermula!

Published by
KitaReporters


Honor Malaysia hari ini melancarkan dua telefon pintar flagship terbaharu Siri Honor Magic5 dan Honor Magic Vs. 

Honor Magic Vs ditawarkan pada harga RM5,999 (12+512GB) dan adalah telefon boleh lipat pertama jenama ini untuk dilancarkan di pasaran antarabangsa. Ini menjadikan Honor Magic Vs dinanti-nantikan ramai penggemar gajet di seluruh dunia. 

Honor Magic Vs menjanjikan pengalaman pengguna yang unik kerana menawarkan ciri berbeza dari pesaing telefon boleh lipat lain di pasaran.

Prapesan Honor Magic Vs dan nikmati hadiah percuma bernilai lebih RM 2,200:

Prapesan Honor Magic Vs akan bermula pada jam 5pm, 6 April hingga 14 April 2023. 

Pembeli terawal berpeluang membawa pulang set hadiah bernilai lebih RM2,200 yang terdiri daripada mesin kopi Nescafe Genio S Touch, sarung telefon Honor Magic Vs, jaminan tambahan selama setahun dan pelindung retak skrin selama 180 hari. 

Buat kali pertama dalam industri, Honor berusaha memberi yang terbaik dengan menyediakan Perkhidmatan Penggantian Retak Dwi Skrin secara percuma selama 180 hari untuk memberi lebih jaminan kepada pengguna.

Jualan dan kutipan Honor Magic Vs akan bermula pada 28 April ini. Pastikan anda tidak melepaskan tawaran prapesan istimewa ini untuk memiliki telefon boleh lipat idaman dan hadiah percuma menarik.

Honor Magic Vs – Lipatkan dan kebimbangan anda selesai:

Honor Magic Vs bakal mencetuskan revolusi dalam industri telefon boleh lipat kerana menyelesaikan masalah-masalah yang lazim dihadapi pengguna. 

Paparan luaran Honor Magic Vs membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih produktif dan cekap. 

Honor Magic Vs tampil dengan rekaan lipat tanpa celah di antara skrin untuk menghalang serpihan kecil seperti batu dari tersekat dan masalah ini sering dihadapi pengguna. 

Paparan skrin peranti ini dibina dengan menitikberatkan ketahanan bagi mengelak keretakan atau kemek yang memerlukan kos tinggi untuk diperbaiki. 

Sebagai tambahan, Honor Magic Vs mengetengahkan ketahanan bateri yang menakjubkan meskipun mempunyai struktur kompleks dengan pelbagai komponen.

Pendek kata, Honor Magic Vs dimuatkan dengan beberapa teknologi inovasi dan ciri-ciri yang menyelesaikan masalah pengguna. 



Berikut tiga senarai Honor Magic Vs bakal mengubah industri telefon boleh lipat:


Skrin dalaman dan luaran yang lebih praktikal: 

Dilengkapi paparan luaran 6.45 inci dengan nisbah aspek 21:9 dan nisbah skrin ke badan 90%, Honor Magic Vs menyajikan pengguna dengan pengalaman menonton yang mengasyikan. 

Berbanding dengan pesaingnya, Honor Magic Vs menawarkan paparan luaran yang lebih besar dan luas agar pengguna melihat dan menaip teks dengan jelas. 

Apabila dibuka, paparan dalaman adalah selebar 7.9 inci yang memberi rasa seolah menggunakan tablet, terbaik untuk melakukan pelbagai tugasan dan berseronok menonton kandungan kegemaraan dengan lancar. 

Ini langkah permulaan bagaimana Honor membangunkan penyelesaian terbaik untuk pengguna yang mencari pengalaman lancar dan intuitif apabila berkaitan dengan telefon boleh lipat.

Reka bentuk engsel lebih nipis, tanpa celah dan tahan lama, mudah dimasukkan ke dalam poket:

Honor Magic Vs gah dan bergaya dengan reka bentuk tanpa celah yang menetapkan penanda aras baharu untuk reka bentuk telefon boleh lipat. 

Peranti ini mempunyai kenipisan hanya 12.9mm apabila dilipat dengan berat 267g sahaja, amatlah nipis dan ringan untuk telefon boleh lipat. 

Engsel Tanpa Gear Super Ringan Honor Magic Vs direka dengan penuh teliti menggunakan teknologi pemprosesan acuan satu keping. Bilangan komponen dalam struktur sokongan engsel diperkemaskan daripada 92 kepada hanya 4. 

Engsel telah diuji TUV Rheinland dan mampu menahan sehingga 400,000 lipatan, iaitu bersamaan dengan penggunaan lebih dari sepuluh tahun berdasarkan 100 lipatan setiap hari. 

Secara keseluruhan, Honor Magic Vs direka untuk bertahan lama, memberikan pengguna pengalaman telefon pintar yang lancar dan unik.

Jangka hayat bateri ultra lama untuk pengguna telefon boleh lipat:

Honor Magic Vs menawarkan jangka hayat bateri ultra lama kepada pengguna. 

Bateri Ketumpatan Ultra Tinggi 5000mAh menjadikan Honor Magic Vs memiliki kapasiti bateri terbesar dalam kalangan telefon boleh lipat di bawah 270g di pasaran. 

Teknologi pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W berwayar mengecas bateri sepenuhnya dalam masa 46 minit sahaja, pengguna tidak perlu bimbang masalah bateri lemah. 

Dengan bateri yang berkuasa dan mengecas dengan pantas, Honor Magic Vs adalah telefon boleh lipat boleh dipercayai dan tahan lama, sesuai dengan pengguna yang mempunyai gaya hidup sibuk. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
10
0
10
0

Copy Link: