Tahniah penerima anugerah Avon! Sebagai pengiktirafan dan tingkatkan motivasi! Juga eratkan hubungan!

Published by
KitaReporters


Rusyati Saad.

Baru-baru ini pada 29 Julai 2023, Avon daerah Seberang Jaya, Pulau Pinang menganjurkan majlis bagi menghargai wakil-wakilnya dalam butik kecantikan Avon.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Avon Daerah 153, Rusyati Saad yang menganjurkan program ini dengan kerjasama Pengurus Butik Kecantikan Avon Seberang Jaya, Teang Sew Fong yakin melalui majlis ini bukan sahaja memberi pengiktirafan dalam kalangan mereka malah dapat mengeratkan hubungan juga.

Katanya pada majlis ini 10 wakil menerima anugerah masing-masing iaitu lima anugerah bagi wakil jualan tertinggi Jun 2023 dan lima lagi bagi mereka yang dapat meningkatkan jualan tertinggi 2023 berbanding dengan 2022.



Tahniah kepada penerima anugerah.


Anugerah kali ketujuh yang disampaikan ini diharap bukan sahaja bagi mengiktiraf dan mengeratkan hubungan antara mereka malah dapat bertukar pandangan dan memberi inspirasi kepada wakil baru juga.

Anak kelahiran Perlis yang lebih 29 tahun dalam bidang ini, kini mengendalikan lima butik kecantikan di Seberang Jaya, Kepala Batas, Kilang lama Kulim, Taman Sejati, Sungai Petani dan Jalan Pengkalan, Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, penganjuran aktiviti dalam kalangan mereka perlu diadakan setiap masa agar percambahan idea baharu dan skil untuk memajukan bidang kecantikan ini dapat diteruskan.


Penerima Anugerah bergambar kenangan.

“Bukan mudah untuk menjalankan perniagaan ini kerana terlalu banyak persaingan dan motivasi juga perlu bagi meningkatkan jualan serta memperkenal produk ini secara berterusan,” ujar pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Universiti Utara Malaysia (UUM) ini.

Bagi penerima anugerah beliau mengucapkan tahniah dan teruskan usaha sambil memberikan inspirasi kepada wakil-wakil baharu terutama agar bertahan dan berusaha dengan penuh keyakinan.

Moga produk bidang kecantikan ini akan terus mendapat hati dalam kalangan pelajar-pelajar yang sedia ada dan juga yang baharu nanti.

Anugerah yang disampaikan oleh beliau ialah masing-masing lima pemenang untuk wakil jualan tertinggi Jun 2023 dan lima lagi pemenang bagi peningkatan jualan tertinggi 2023 berbanding 2022. - KitaReporters


Rusyati Saad menyampaikan anugerah.

12
15
0
16
0

Copy Link: