Tech Up Sdn. Bhd. sebuah penyedia penyelesaian pendidikan STEM, dan pengedar tunggal produk pendidikan daripada Artec Co Ltd yang berpangkalan di Jepun, mengumumkan pada 4 Oktober 2023 bahawa AEON Fantasy Malaysia telah memilih Artec Logic Puzzles untuk ditawarkan di sudut Toy Master yang terletak di dalam pelbagai fasiliti edutainment kanak-kanak termasuk Kidzooona dan FanPekka. 

Toy Master adalah sudut edutainment baharu yang pertama kali dibuka di negara ini tahun lepas oleh AEON Fantasy Malaysia.

Pada 22 September 2023, AEON Fantasy Malaysia memperkenal Artec Logic Puzzles sebagai sebahagian daripada barangan pendidikan Tonttu’s Toy Academy di FanPekka, semasa majlis pembukaan semula fasiliti itu yang diadakan di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru. 

Logic Puzzles itu sudah mula ditawarkan di tiga fasiliti Kidzooona di Kota Bharu, Alor Setar dan Shah Alam.

AEON Fantasy Malaysia merancang untuk membuka lebih banyak sudut Toy Master di seluruh Malaysia menjelang 2024 dan menggabungkan Artec Logic Puzzles sebagai sebahagian daripada produk mereka.Logic Puzzles ini sesuai untuk kanak-kanak peringkat umur dari tadika hingga darjah 1, 2, dan 3 dan menggunakan pendekatan progresif untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran mereka.


Tech Up mula membekalkan bahan pendidikan kepada AEON Fantasy Malaysia pada tahun 2022, dan kini, pada tahun 2023, hubungan ini berkembang lebih jauh dengan pengenalan Artec Logic Puzzles di sudut Toy Master.Ainaa Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif Tech Up berkata, “Pendekatan progresif yang diperkenal dalam Artec Logic Puzzles mengajar kanak-kanak pemikiran analitikal dan kemahiran membuat keputusan. 

"Pendedahan seperti ini dapat membantu memupuk minat terhadap STEM di kalangan kanak-kanak. Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan AEON Fantasy Malaysia, dan membina asas untuk anak-anak bersedia untuk masa depan mereka.”

Pengarah Urusan AEON Fantasy Malaysia, Narimoto Yamazaki berkata, “Kewujudan kami pada dasarnya adalah untuk memberi semangat kepada setiap kanak-kanak dan membuatkan mereka tersenyum. 

"Kami memberi tumpuan kepada keupayaan kanak-kanak semasa mereka boleh belajar melalui bermain. Sudut Toy Master kami meningkatkan kemahiran pembangunan pembelajaran kanak-kanak terutama pada kemahiran kognitif dan produk Artec Logic Puzzles sejajar dengan strategi kami.”



Selain daripada Artec Logic Puzzles ini, Tech Up juga menyediakan program latihan komprehensif TechXpert Toy Master untuk tingkatkan kepakaran mereka supaya dapat memberi kanak-kanak pengalaman edutainment yang terbaik.“Kami gembira kerana produk edutainment semakin diterima dalam masyarakat kita. Kerjasama ini membawa kita selangkah lebih dekat untuk mewujudkan generasi yang lebih celik STEM dan ini suatu langkah positif ketika negara kita sedang berusaha untuk tingkatkan pendigitalan dengan lebih pesat lagi," kata Ainaa. - KitaReporters/Kenyataan Media

8
10
0
7
0

Copy Link: