Timbalan Pengarah JKKN Terengganu Zahari Mat mengendong seorang kanak-kanak peserta berkhatan dalam perarakan sejauh 500 meter.


SUDAH banyak adat dan kebudayaan Melayu yang pernah menjadi amalan kehidupan dalam masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu kini dilupakan, malah ada anak bangsa yang tidak lagi mengenali adat resam nenek moyang mereka

Tambahan pula, kemunculan era digital dalam dunia moden menyebabkan anak muda generasi masa kini tidak lagi mempedulikan warisan budaya bangsa kerana dibuai dengan media maya.

Bagaimanapun, masih ada pihak yang mengambil tanggungjawab untuk menghidupkan kembali warisan seni dan budaya dengan menganjurkan pelbagai program untuk membangkitkan semangat dan kesedaran kepada masyarakat masa kini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berkhatan


Roslee (tengah) mengetuai perarakan peserta berkhatan dan bertindik beramai-ramai di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu pada 30 Julai 2022



Majlis Kebudayaan Daerah Dungun (MKDD), Terengganu, antara badan bukan kerajaan (NGO), prihatin dengan adam resam bangsa apabila tampil menggerakkan aktiviti berteraskan adat dan kebudayaan bangsa.

Program Majlis Adat Semangat Berkhatan, Bertindik dan Jamuan Sekampung 2022 sempena Sambutan Maal Hijrah pada 30 Julai 2022 yang berlangsung di Dataran Kejat, Kampung Pasir Raja, Dungun yang dikelolakan oleh badan tersebut ternyata berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.


Golongan wanita turut menyerikan majlis perarakan dengan membawa pulut kuning atau pulut semangat


Majlis  dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu yang julung kali diadakan itu cukup meriah dengan pembabitan ramai penduduk setempat.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud yang merasmikan program tersebut bertambah meriah dan menjadi pembakar semangat kepada kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan dan bertindik secara beramai-ramai itu. Turut hadir Timbalan Pengarah JKKN Negeri Terengganu, Zahari Mat.


Roslee menyuap pulut semangat kepada peserta berkhatan.


Setiausaha MKDD, Amran Mahmud berkata, penganjuran program tersebut bertujuan mengekalkan adat dan cara berkhatan serta bertindik mengikut tradisi lama selain untuk memperkenal adat tersebut kepada masyarakat sekarang

Katanya, ini kerana sudah ramai yang lupa malah ada yang tidak pernah melihat bagaimana konsep hidup bermasyarakat dan mengamalkan budaya hidup pada zaman dahulu.


Peserta menyertai acara mandi sungai sebelum berkhatan


Beliau berkata, pada majlis itu, seramai 50 peserta terdiri daripada 34 lelaki mengambil bahagian untuk berkhatan manakala 16 peserta perempuan menyertai majlis bertindik.

Menariknya, kata Amran, peserta lelaki yang menyertai majlis itu menaiki gendong dan diarak sejauh kira-kira 500 meter dan diiringi perarakan pembawa pulut semangat oleh  golongan wanita.

“Peserta lelaki juga menyertai acara mandi sungai secara beramai-ramai sebagai simbolik acara berkhatan berkenaan,” katanya. - KitaReporters


Peserta dan ibu bapa berjalan menuju ke sungai untuk acara mandi manda oleh peserta berkhatan

13
13
2
18
0

Copy Link: