Video| Tahniah Yuna Rahim! Selamat diijabkabulkan dengan Nurakmal Ayub! Resepsi selepas Aidilfitri!

Published by
KitaReporters

Dalam drama ‘I Love You Mr Clown’, Yuna memegang watak Nisa yang bercinta dengan Nabil Aqil sebagai Mr Clown (Badut).


Sehari selepas drama bersiri 13 episod ‘I Love You Mr Clown’ berakhir dalam slot Lestary’ TV3, pada Jumaat 17 Februari 2023, heroinnya, Yuna Rahim, 27, menamatkan zaman daranya. 

Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abdul Rahim sah menjadi isteri kepada Muhammad Nurakmal Ayub, 27, dengan sekali lafaz pada Sabtu, 18 Februari 2023.

Nurakmal merupakan seorang penyanyi dan krew produksi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Yuna Rahim



Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Awang bersaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

Yuna menerima RM300 sebagai mas kahwin daripada Nurakmal bersama lima dulang hantaran yang dibalas tujuh kepada pengantin lelaki. 



Perkenalan antara Yuna dengan Nurakmal, bermula pada pertengahan tahun 2022 sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada September 2022.

Meskipun perkenalan singkat, Yuna berkata, dia bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar.

Majlis resepsi akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri. Pasangan pengantin bercadang berbulan madu di Sabah.


Majlis akad nikah bertemakan rona putih ini dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Antara rakan-rakan selebriti yang hadir ialah Fatin Afeefa, Intan Najuwa, Datin Nina Juren, Wanna Ali, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad. 

Yuna memulakan karier lakonan pada 2017 menerusi filem pendek ‘Ngelamun’, namun lebih dikenali dengan watak Cempaka dalam drama ‘Sweet Dreams’. - KitaReporters



18
12
0
13
0

Copy Link: