BAGI masyarakat bandar adakalanya kesibukan bekerja membuatkan mereka tidak mengenali jiran tetangga walau sudah tinggal di kejiranan yang sama untuk tempoh yang agak panjang. - Kredit foto: Sinar Harian


SEJAK dulu semangat kejiranan di bandar dan di kampung banyak perbezaannya. Masyarakat sering menganggap hidup di bandar sukar untuk memupuk semangat kejiranan yang baik. Namun di kampung masih kukuh semangat kejiranan kerana warga tua masih ramai mendiami kawasan kampung. 

Bagi masyarakat bandar adakalanya kesibukan bekerja membuatkan mereka tidak mengenali jiran tetangga walau sudah tinggal di kejiranan yang sama untuk tempoh yang agak panjang. 

Maka apabila Covid-19 melanda negara kita dan keadaannya agak teruk dengan peningkatan kes yang banyak setiap hari, masyarakat yang tinggal di bandar menjadikan amalan berkurung lebih ketat daripada biasa dan mereka juga sudah tidak lagi mahu bertegur sapa dan mengambil tahu hal kejiranan kerana bimbang Covid-19 ada dalam kalangan jiran dan boleh berjangkit dengan mereka. 

Berbual sesama jiran sudah boleh dianggap satu kesalahan pada mata masyarakat masa kini kerana bimbang wabak Covid-19 melanda. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jiran

Gambar hiasan... Berbual sesama jiran sudah boleh dianggap satu kesalahan pada mata masyarakat masa kini kerana bimbang wabak Covid-19 melanda. - Kredit foto: Sinar Harian


Ada kes jiran-jiran yang tidak mahu bertegur sapa dengan jiran tetangga kerana merasakan tiada kepentingan dan mengambil kesempatan daripada masalah Covid-19, mereka lebih suka hidup dengan cara mereka sendiri

Pandemik Covid-19 benar-benar menggugat keharmonian hidup bermasyarakat.

Kehadiran wabak yang banyak mengorban nyawa ini  juga telah menjadikan masyarakat tidak lagi menghormati jiran tetangga baik yang sebaya mereka mahupun jiran-jiran yang sudah berusia. Jiran-jiran dari golongan lama ini masih mengamalkan sikap-sikap peramah dan suka menegur sapa dan sering suka bersedekah. 

Generasi berkenaan (golongan warga emas) memang mengamalkan budaya mengambil tahu mengenai jiran-jiran, peramah dan sentiasa suka berinteraksi sesama  jiran tetanga. 


GAMBAR hiasan... Budaya berjiran seperti di kampung sukar dipraktis di bandar moden hari ini kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri sehingga ada yang tidak mengenali sesama sendiri.


Walaupun dalam pandemik covid 19 ni golongan tua masih belum dapat mengamalkan norma-norma baru.  Sikap suka berinteraksi dan berbudi bahasa masih diteruskan dalam kehidupan mereka. Mungkin sifat sifat itu sukar dibuang dari generasi lama.

Dalam satu tinjauan yang dibuat dalam media sosial, ramai memberi pendapat mereka mengenai kelunturan silaturahim antara jiran-jiran akibat Covid-19

Seorang netizen yang mahu dikenali sebagai Ahmad dan bekerja sebagai pesyarah memberitahu beliau mendapati generasi sekarang yang berusia antara 30 hingga 45 tahun, ramai mengamalkan sikap kurang bergaul dengan jiran kerana tuntutan pekerjaan yang sangat sibuk dengan urusan harian. 

"Mereka yang pergi kerja pagi dan balik petang jarang dapat bersemuka dan berkenalan dengan jiran-jiran. Bila Covid-19 melanda negara dan PKP bermula, dan semua mengamalkan norma baru, generasi ini bekerja dari rumah dan agak sibuk.

"Ramai yang lebih gemar berinteraksi melalui online daripada bersemuka atau face-to-face kerana ia lebih memudahkan dan agak ringkas serta selamat daripada jangkitan. Komunikasi golongan ini cenderung pada video call (panggilan video), "ujar Ahmad.


Gambar hiasan... Ramai yang lebih gemar berinteraksi melalui online daripada bersemuka atau face-to-face kerana ia lebih memudahkan dan agak ringkas serta selamat daripada jangkitan. - Kredit foto: Medicalnewstoday


Sementara itu, ada juga yang berpendapat walaupun masyarakat bandar berkurung kerana Covid-19 mereka sepatutnya tidak melupakan adab dan budi bahasa yang menjadi amalan masyarakat negara kita.

Bagi Puan Rohaiza generasi lama yang mengamalkan sikap peramah dan mengambil berat tentang jiran adalah sikap yang baik perlu dicontohi generasi sekarang. 

Beliau akui bahawa generasi muda sekarang memang pergi dan balik kerja sahaja dan hari minggu adalah masa rehat mereka  dan masa ni mereka lebih suka memerap di rumah. Jadi memang tak ada masa mengenali jiran. 

"Bila datang Covid-19 lagilah teruk, semua terus berkunci di dalam rumah masing masing. Memang terus tidak dapat mengenali jiran tetangga.

"Apa yang jelasnya zaman teknologi moden dan zaman Covid-19 ni masyarakat sibuk dan aktif dalam media sosial sahaja. Namun untuk berinteraksi secara face-to-face memang sudah mula dilupakan. Lebih-lebih lagi ramai sudah fobia untuk berinteraksi secara bersemuka kerana bimbang wabak ini menjangkiti mereka," katanya.


ZAMAN ibu bapa dan nenek moyang kita, kemesraan mereka bersama jiran dijalin sangat mesra dan menyeronokkan tetapi tidak lagi dipraktis dalam kehidupan moden hari ini. 


Secara tidak langsung masyarakat akan mula hilang nilai-nilai murni dalam berkomunikasi dan mengorbankan budi bahasa yang pernah menjadi amalan hidup nenak moyang kita.

Mereka menjadi seperti robot yang tidak ada perasaan dan hilang nilai kemanusiaan kerana terlalu menjaga sikap individualistik mereka dan menjaga ketat SOP supaya tidak dijangkiti Covid-19

Katanya lagi, segelintir generasi muda zaman ini, (tak semua macam tu) hidup mereka lebih kepada pentingkan diri sendiri dan keluarga mereka. Apa juga yang terjadi pada jiran bukan masalah mereka. Mereka ada sempadan mereka sendiri. 

Walau kehadiran Covid-19 ada juga baiknya kerana mendisiplinkan masyarakat menjaga kesihatan dan kebersihan namun dari satu sudut yang lain, Covid-19 juga merenggangkan silatuarahim dan melahirkan masyarakat yang terlalu individualistik kerana alasan takut Covid-19 berjangkit dan sikap tidak ambil tahu serta sikap tidak suka bergaul.

Kelunturan budi bahasa dan sikap tidak ambil peduli dan tidak mahu bekerjasama antara jiran akan menyebabkan manusia hidup dalam satu kelompok yang tidak bersatu dan boleh meruntuhkan sistem nilai masyarakat yang ada.

Justeru adalah disarankan pihak-pihak tertentu umpamanya persatuan penduduk mengembalikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar dan juga dalam kalangan masyarakat kampung

Ini supaya budaya hidup bermasyarakat ini tidak terus pupus daripada kehidupan masyarakat kita apabila kita semua kembali hidup normal bila covid 19 beredar. - KitaReporters


Gambar hiasan... Persatuan penduduk boleh mengembalikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar dan juga dalam kalangan masyarakat kampung. - Kredit foto: Masjid Al-Khairiyah

3
2
1
0
0

Copy Link: