REZEKI datangnya dengan pelbagai cara… janji rajin dan usaha! Kisah sama mungkin sama seperti yang berlaku kepada seorang  wanita yang menjadi tular selepas kegigihannya menjadi penghantar makanan dengan Foodpanda secara berjalan kaki  atau Pink Walker mendapat perhatian.

Selepas kisah menjadi tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak, wanita yang berusia 22 tahun kini menerima sebuah basikal daripada sumbangan kumpulan Rider Foodpanda di Kulim, Kedah bagi memudahkan urusan untuk menghantar pesanan.

Nilah namanya rezeki!


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penghantar makanan:

https://kitareporters.com/search?search=penghantar


SAYU melihat kegigihan Lin yang berjalan kaki ketika menghantar pesanan Foodpanda. - Kredit foto: Facebook Bella Audri.


Kisah kegigihan wanita yang dikenali sebagai Lin itu mula tersebar selepas dilihat berjalan kaki sambil membawa bakul pesanan Foodpanda dalam keadaan panas terik.

Situasi itu mendorong seorang pengguna Facebook Bella Audri  yang kagum melihat kesungguhan wanita terbabit dan memuat naik beberapa keping gambar dalam laman sosial dengan tujuan untuk kutip sumbangan daripada rakan-rakan terdekat dengan harapan dapat membelikan sebuah basikal bagi memudahkan urusan Lin.


BERJAYA sumbangkan sebuah basikal hasil kutipan dana daripada kumpulan Rider Foodpanda di Kulim, Kedah.


Namun dengan kuasa tular dia tidak menyangka niat hati untuk membantu itu tersebar luas sehingga sumbangan yang diterima lebih mencukupi untuk membeli sebuah basikal kepada Lin.

Kini hasil sumbangan itu berjaya dia membeli sebuah basikal untuk kegunaan Lin.

"Bukan setakat i dapat membelikan basikal sahaja kini sebuah syarikat menaja sebuah motosikal untuk kegunaan Lin, manakala ada pihak lain pula menaja untuk dia mendapat lesen motor.

"Allahu… baiknya rakyat kita!" tulis Bella Audri.


REZEKI berganda sebuah syarikat menaja untuk memberikan sebuah motosikal untuk kegunaan Lin selepas kisahnya menjadi tular.


Malah sehingga hari ini masih ramai yang menghulurkan bantuan kepada Lin dengan tujuan memudahkan urusannya. Inilah dikatakan rezeki… Allah hadirkan Bella Audri untuk bantu Lin.

Semoga keikhlasan Bella yang ikhlas membantu Lin diberi ganjaran oleh Dia.

Hari ini kita bantu orang lain, insya-Allah pada kemudian hari, insan lain pula Allah hadirkan untuk mudahkan urusan kita. Amin!! - KitaReporters

11
0
3
0
0

Copy Link: