Mayat dua beranak yang maut dipanah petir di rumah mereka di Desa Labokola, Tiworo Tengah, Sulawesi Tenggara pada 6 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com


SEORANG lelaki hanya mampu melaungkan azan sekuat hati sewaktu kejadian ribut petir yang meragut nyawa isteri dan anaknya berusia 12 tahun di kediaman mereka di Sulawesi Tenggara, Indonesia pada Khamis, 6 Januari 2022 lalu. 

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari di Desa Labokolo, Kecamatan Tiworo Tengah, Kabupaten Muna Barat itu, Muslim, 30, serta anak bongsunya berusia dua tahun terselamat.

Manakala, isterinya, Umi Barira, 30, dan seorang anaknya, Tamlikul Fatha Imama,12,  maut setelah disambar petir ketika berada di bawah rumah.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan petir


Jiran tetangga yang datang menziarahi jenazah dua beranak di bawah rumah yang mati akibat dipanah petir. - Kredit foto: Tribunnews.com



Muslim berkata, kejadian angin kencang serta hujan lebat di kawasan rumah mereka berlaku secara tiba-tiba sehingga dia tidak mampu membuat apa-apa.

‘’Saya sekeluarga begitu takut melihat angin begitu kuat lalu. Sewaktu suasana agak cemas itu, isteri dan seorang anak kami turun ke bawah rumah untuk berselindung manakala saya dengan anak bongsu kekal berada dalam rumah

"Tiada apa boleh dilakukan selain hanya mampu melaungkan azan. Saya kemudiannya dikejutkan dengan gegaran setelah rumah dipanah petir, namun  tidak hiraukannya lagi kerana ingin meneruskan azan sehingga selesai.


Kredit foto : Tribunnews.com


"Sebaik sahaja selesai azan dan ribut pun mula reda, saya keluar rumah ingin melihat keadaan. Saya benar-benar terkejut melihat isteri (Umi) dan anak (Tamliku) terbaring kaku atas tanah dengan kesan terbakar di bahagian tubuh," katanya dipetik daripada Tribunnews.com pada 7 Januari 2022.

Kata Muslim lagi, sebelum tragedi berkenaan, isterinya juga ingin membawa bersama anak bongsu mereka turun ke bawah rumah namun dia tidak membenarkannya. - KitaReporters


Kredit foto : Tribunnews.com

 

 

9
10
0
9
0

Copy Link: