Enam yang terbabit termasuk isteri mangsa (membelakangi kamera, tiga dari kiri) dalam pembunuhan kejam terancang ditahan, manakala dua lagi masih diburu. - Kredit foto: Majalengka.com


HIDUP berumah tangga pasti ada pasang surut, bak kata P. Ramlee "sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri!"

Setelah bertahun-tahun berkahwin, akhirnya dalam beberapa tahun kebelakangan, si isteri mengetahui suaminya melakukan perselingkuhan dengan wanita lain dan mempunyai beberapa isteri lain membuat dia nekad untuk menghabiskan nyawa suaminya dengan pembunuhan kejam yang terancang

Untuk itu NW, 49, mengupah 7 pembunuh upahan yang dijanjikan upah lumayan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembunuhan

Foto NW dan mangsa dan NW ditahan sebagai perancang pembunuhan. - Kredit foto: Kompas

Suami, Khairul Amin, 54, seorang pemilik bersama NW mengusaha restoran nasi padang di Karawang, Jawa Barat dilihat tidak bernyawa oleh anaknya bernama RP.

Si anak pada mulanya mendengar suara teriakan meminta tolong ayahnya, lalu bergegas keluar rumah. Alangkah terkejutnya si anak melihat ayahnya, mengalami luka teruk dengan tusukan dan torehan senjata tajam pada tubuh si ayah.

Si anak juga mendengar bunyi beberapa motosikal bergegas pergi.

Si anak cuba meminta pertolongan tetapi nyawa si ayah tidak dapat diselamatkan.

Si anak menelefon NW akan kematian Khairul dibunuh sejumlah samseng. NW pura-pura menangis atas kematian suaminya.

Pembunuhan itu berlaku pada 27 Oktober 2021.


Antara pembunuh upahan yang ditahan oleh polis. - Kredit foto: TribunNews


Ibu Pejabat Polis Karawang menjalankan siasatan dan hasil siasatan jenayah kejam itu, pada 3 November 2021 pihak berkuasa menahan lima suspek dan dua lagi masih diburu.

Ekoran pengakuan salah seorang suspek, perancang pembunuhan itu telah diketahui iaitu isteri mangsa sendiri, NW. Hasil siasatan polis terhadap NW, dia mengaku merancang pembunuhan terhadap suaminya sejak September 2021.

Kali pertama NW menggunakan bomoh ilmu hitam dengan bantuan meminta bantuan kawannya AW, 25, dengan upah Rp5 juta (kira-kira RM1,500).

Setelah usaha itu tidak berjaya, NW merancang pembunuhan kali kedua. Namun ketika itu mangsa menaiki motosikal dan jalan agak sibuk. Percubaan kali ketiga berhasil dengan dirancang sebagai rompakan dan pembunuhan pada 27 Oktober 2021 lalu.



Menurut Ketua Polis Karawang, AKBP Aldi Subartono kepada wartawan ketika mengungkap kes ini di Ibu Pejabat Polis Karawang pada Sabtu, 6 November 2021 lalu, jika didapati bersalah, NW boleh dihukum mati atau penjara 20 tahun.

Mendengar bentuk hukuman dalam sidang media itu NW terdiam lesu. “Khilaf pak,” katanya.

NW dan mangsa mempunyai tiga anak dan cucu. NW berdendam dengan suaminya selain hidup berfoya-foya dengan wanita lain, juga sering meminta wang daripadanya untuk membelanja pasangan selingkuh dan isteri-isteri yang lain.

Menurut Aldi, setiap pembunuh upahan dijanjikan upah sebanyak Rp30 juta (kira-kira RM10 ribu) dengan Rp10 juta sebagai pendahuluan. - KitaReporters


Sidang media Polis Karawang mengenai pembunuhan Khairul Amin. - Kredit foto: Tribunnews.com

7
15
0
5
0

Copy Link: