KITA kena akui, kerajaan yang ada sekarang ni adalah kerajaan yang bodoh. : Ku Syafiq Ku Fozi


Aku yakin, paling kurang pun 40 peratus rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018 mahu hentikan kleptokrasi 1MDB dan mahu mereka yang terlibat (terutamanya Najib) dihukum.

Tapi apa yang dah terjadi pada kes 1MDB sekarang?

Okay, bagus, dah masuk mahkamah. Tapi ada jadi pada public opinion? Masihkan mereka bersungguh mahu kes salah guna kuasa ini diselesaikan? Masihkan mereka benci pada rasuah?

PH dah buat banyak sangat masalah dan ia membuatkan orang pandang rasuah itu bukan lagi isu besar. Kes terowong LGE, pegawai timbalan menteri intip bawah kain perempuan. Semuanya senyap.

Sebaliknya, PH banyak mengguris hati orang Melayu. Dengan DAP yang biadap, menteri-menteri liberal palsu yang bias.

Kes perhiasan Tahun Baharu Cina di Puchong sampai ramai-ramai turun, bullshit apa? Puchong dan Subang ni tak jauh. Waktu kes kuil di Seafield dulu, ada yang bersemangat turun ramai-ramai macam ni? Isu Jawi, ada muka-muka yang turun ni keluar kenyataan yang sepatutnya?

Langsung tak pandai nak jaga, nak bentuk public opinion. Nanti orang Melayu tak suka PH, dia kata Melayu rasis. Keluar ayat kesian. “Ingat menteri agama ni bodoh sangat ke?” Memang bodoh laa.

Sekarang kes 1MDB cuba untuk disensasikan dengan pendedahan rakaman perbualan Najib dengan Rosmah. Tapi backfire. Najib boleh dengan rilek lagi cakap rakaman tu dia akan guna dalam perbicaraan.

Yang totok PH dapat, troll Najib dengan Rosmah. Hal yang lebih penting lagi - didik rakyat Malaysia benci rasuah - berjaya tak? Tak berjaya la, sebab kau sendiri langgar rule of law dengan cara ni.

Dan orang tak percaya. Sebab kredibiliti kerajaan ni dah jatuh tertanam enam kaki dalam tanah. Kau pula buat pc dedahkan rakaman, lepas tu kat portal letak tajuk clickbait. Konspirasi tertinggi what the fuck?

Cuba kalau rakaman tu kau serah dulu pada pihak pendakwaan 1MDB. Rancang strategi untuk betul-betul buktikan Najib bersalah dalam mahkamah. Ni kau gelojoh nak buktikan Najib bersalah kat media. Siapa la dulu dok puji Latheefa Koya ni elok jadi KP SPRM. Elok mende gini.

Yang menyedihkan, kau tahu apa yang menjatuhkan kredibiliti PH ni? Video Azmin.

Macam mana kau nak yakinkan orang yang audio tu sahih kalau video yang jelas-jelas nampak muka pun sampai sekarang kau tak settle-settle siasat? Nasib baiklah Najib tak nafi, adalah juga nyawa totok PH ni nak berlagak dekat Twitter.

Paling menyedihkan, isu video Azmin tu timbul sebab tikam-menikam sesama PH. PKR lawan PKR. Ni Azmin sendiri cakap, dia yakin tu kerja orang dalam PKR.

Kau bergaduh sesama sendiri dalam parti kau, sampai seluruh kerajaan kena tempias. Betul tak aku cakap PH ni bodoh?

Nanti ada la yang masuk komen kat sini kata pengundi PH yang bodoh. Aku takkan cakap macam tu, sebab aku tahu keadaan sebelum PRU14 macam mana. Kau tak bodoh kalau kau undi PH sebab BN-UMNO dulu lagi teruk reputasinya. Aku cuma kesian kat kau sebab pemimpin-pemimpin yang kau undi dah tak ingat janji-janji dia pada kau dan jadi bodoh lepas dapat kuasa. Untuk hal itu, aku simpati pada kau pengundi PH.

Ku Syafiq Ku Fozi

Bekas wartawan Utusan Malaysia dan pemerhati politik


Rencana ini dipetik dari https://www.facebook.com/ku.syafiq1/posts/2805891579470041

1
0
0
0
0

Copy Link: