KERANA FUTSAL, 600 ALUMNI UUM BERKUMPUL

Published by
KitaReporters
KARNIVAL Futsal Alumni UUM 2019 di Uptown Sport Bangi, Selangor pada hari Sabtu (17/11/2019) yang lalu telah berlangsung dengan jayanya, mengumpulkan seramai lebih 600 mantan pelajar. : KitaReporters.com


Menurut satu kenyataan media, penganjuran edisi ke-6 ini adalah istimewa sempena ulang tahun Universiti Utara Malaysia yang ke-35.

Pengarah Programnya, Azmir Musyabri berkata, pertandingan tahunan kali ke-6 anjuran Alumni Universiti Utara Malaysia itu mendapat reaksi positif dalam usaha menyatukan mantan pelajar universiti berkenaan.

Katanya, komitmen yang diberikan terutama mantan pelajar UUM batch 2001 dalam mengelolakan acara tahunan ini telah merancakkan program tersebut tanpa sebarang kesulitan.

Ternyata walaupun telah meninggalkan insitusi pengajian tinggi berkenaan lebih 18 tahun, namun semangat mereka dalam menyumbangkan sesuatu kepada UUM tidak berbelah bagi.

“Komen positif melalui media sosial alumni UUM turut diterima oleh pihak penganjur,” katanya.

Kejohanan kali ini turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM yang baru iaitu Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali.

Karnival Futsal Alumni UUM kali ke-6 ini mempertaruhkan piala pusingan alumni UUM yang menjadi rebutan 42 pasukan dengan turut disertai batch senior tahun 1990 sehingga batch 2016

Ia terbahagi kepada tiga kategori untuk futsal iaitu Senior Legend , Super Senior dan Senior. 

Kejuaraan diraih bagi kategori Senior Legend ialah UUM Legend FC , Kategori Super Senior pula ialah Bro99 Alpha manakala kategori Senior pula ialah UUM Best FC.

Karnival kali ini turut dimeriahkan dengan penganjuran kejohanan Beyblade kategori keluarga alumni dan Kategori Terbuka. 

Penganjur turut menyediakan beberapa aktiviti riadah keluarga untuk ahli-ahli keluarga alumni yang hadir memberikan sokongan antaranya Jumping Castle dan sebagainya. 

Kejohanan telah dirasmikan oleh Dr. Muslimin Wallang dari Pusat Alumni UUM dan ditutup oleh TNC (HEP  & Alumni), Dr Hendrik Lamsali.

Penganjur turut berterima kasih kepada Pusat Alumni UUM dan penaja-penaja yang juga merupakan Alumni Universiti Utara Malaysia iaitu Bintong Group of companies, Aijas Group dan Mad Grape Media.

Karnival tahunan ini akan teruskan pada tahun hadapan dan bakal dianjurkan oleh mantan pelajar Batch 2002 pula.

16
2
0
0
0

Copy Link: