Video| 6 daerah Terengganu boleh dilanda banjir bila-bila masa! Paras air sungai lepasi tahap bahaya!

Published by
KitaReporters

Pemantauan dari kamera litar tertutup (CCTV)  Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu di Jambatan Gong Terap,Setiu, Terengganu pada 9 Disember 2022


ENAM daripada lapan Daerah di Negeri Terengganu berisiko dilanda banjir pada bila-bila masa berikutan hujan lebat berterusan dalam tempoh 48 jam menyebabkan paras air di beberapa sungai utama di daerah terbabit kini melepasi tahap bahaya.

Berikutan itu, penduduk terbabit termasuk di Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang kini dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana banjir

Imej pemantauan dari kamera litar tertutup (CCTV) JPS Terengganu di Taman Desa Tanjung Damai,Gong Badak, Kuala Nerus,Terengganu, pada Jumaat 9 Disember 2022


Menurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my yang dikemas kini pada jam 9.00 pagi pada Jumaat,9 Disember 2022 Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu berada pada paras 20.81 meter iaitu 1.11 meter melebihi tahap bahaya.

Selain itu, dua lagi sungai di Setiu iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok (9.25 meter) dengan 0.85 meter melepasi tahap bahaya dan Sungai Nerus di Kampung Langkap (21.43 meter) iaitu 0.43 meter melebihi tahap bahaya.

Sementara itu, Sungai Besut di Kampung La, Besut kini melepasi tahap waspada dengan paras 20.52 meter melebihi 0.72 di tahap waspada.

Selain itu, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu juga menunjukkan trend menaik dan telah melebihi paras bahaya dengan ketinggian 12.17 meter.



Secara umumnya hujan lebat direkodkan turun menyeluruh di semua kawasan Negeri Terengganu meyebabkan peningkatan paras sungai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi jumaat 9 Disember 2022 turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan bermula 9 hingga 10 Disember 2022.

Pihak (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya melibatkan Negeri Terengganu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran tersebut dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu.

Katanya, kawasan tersebut adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Dalam pada itu, amaran hujan lebat berterusan turut melanda Dungun dan Kemaman,” menurutnya dalam satu kenyataan dalam laman Facebook rasmi Jabatan Meteorologi.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia.



Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang membantu mangsa banjir di Kampung Rhu Renggeh, Marang pada Jumaat 9 Disember 2022.

Katanya,penduduk di kawasan yang dijangka akan dinaiki air dimohon bersiap sedia dan mengikut segala arahan yang diberitahu oleh pihak berkuasa.

“Beberapa tempat sudah dinaiki air dan paras air di beberapa sungai juga masih di trend menaik. Bersama-sama kita mendoakan agar tiada kejadian tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan dalam Laman Facebook Rasmi miliknya.

Turut hadir bersama dalam misi bantuan tersebut adalah anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Terdapat juga beberapa mangsa banjir yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Marang,” katanya lagi. - KitaReporters


Dr Ahmad Samsuri turun padang melawat mangsa banjir di Kampung Rhu Renggeh, Marang, Terengganu

12
12
2
16
0

Copy Link: