Video| Harga dron lebih mahal daripada Myvi! Lebih RM54k! Netizen teruja gajinya hanya RM800 sepagi!

Published by
KitaReporters


ZAMAN dah maju, teknologi semakin canggih. Pengunaan dron dalam sektor pertanian adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi memudahkan urusan penanaman mereka ini.

Seorang pemuda dalam TikTok dilihat sedang meletakkan biji benih padi di dalam ruang kosong dron bersaiz gergasi telah mencuri tumpuan ramai orang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan teknologi dan penggunaan dron




Namun apa yang menjadi bualan semua netizen bukanlah apabila pemuda ini berkongsikan videonya bahawa gajinya RM800 sepagi jika nak dibandingkan dengan BF baharu bekas kekasihnya RM2,500 sebulan.

Lain yang ingin dikongsikan lain pula jadi perhatian netizen, ini kerana dron besar yang digunakan di sawah padi untuk menabur benih ini supaya lebih mudah dan pantas.




Rupa-rupanya harga dron sawah padi yang digunakannya itu dikatakan lebih mahal daripada harga sebuah kereta Perodua Myvi iaitu RM54,710.

Rata-rata netizen sangat bangga dan terkejut apabila melihat dron yang digunakan oleh pemuda ini untuk mengerjakan sawah padi. - KitaReporters


10
10
0
15
0

Copy Link: