Berita Terkini| Lelaki bogel tunggang motosikal di Kulim! Video tular! Polis belum terima laporan

Published by
KitaReporters

Tangkap layar rakaman video seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.


POLIS belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa berpakaian di Kulim, Kedah sebagaimana video tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim berkata bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan bertindak sedemikian dipercayai akibat mabuk.

“Pihak polis belum menerima laporan daripada sesiapa setakat ini dan tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dipetik oleh Harian Metro, 2 Mei 2021.

Tular dalam media sosial tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel di daerah Kulim, Kedah yang tular dalam media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk setempat serta warganet.

Video berdurasi 24 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan menunggang motosikal secara bersahaja dan ia sempat dirakam oleh pengguna jalan raya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
2
0

Copy Link: