INILAH dikatakan belum ajalnya lagi, walaupun ikut logik akal pasti pengakhiran dalam tragedi yang tidak dijangka ini adalah kematian. Namun takdirnya tertulis umurnya masih panjang. 

Itulah gambaran yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun apabila berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan berada di lokasi tersebut.

Lelaki yang menjadi penyelamat kepada mangsa berkenaan mengakui kejadian tersebut berlaku sekelip mata dan dia sendiri tidak menyangka berjaya menyelamatkan kanak-kanak yang betul-betul jatuh pada tangannya ketika terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Tongziang, wilayah Zhejiang, China, pada 21 Julai 202 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 



Ketika kejadian, secara kebetulan lelaki yang dikenali Shen Dong sedang memakir kenderaan di seberang jalan dari pangsapuri berkenaan ternampak sesuatu kelibat sebuah objek yang terjatuh

Lebih membanggakan ketika berlari ke arah objek berkenaan dia sempat menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Mulanya pemuda yang bekerja di sebuah bank itu hanya menyangka sesuatu objek namun kerana terdengar dentuman kuat daripada bumbung keluli sebelum terus meluru ke arah kawasan tersebut.




“Saya hanya menyedari ‘objek’ itu adalah kanak-kanak selepas melihatnya terkapai-kapai menghampiri tingkat satu,” katanya.

Shen kemudian dengan segera telah berlari pantas ke arah bunyi tersebut dan bersedia menadah kedua-dua belah tangannya bagi menyambut ‘barangan’ tersebut. 

Ketika itu dia langsung tidak terlintas untuk menyelamatkan nyawa seseorang tetapi yang terlintas  adalah  bagi mengelakkannya  'objek' berkenaan terhempas ke konkrit.

Rakaman kamera CCTV menjadi tular dalam Weibo menunjukkan yang Shen berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu, yang telah dimuat naik oleh polis China.



Kongsi lelaki berusia 31 tahun tersebut, sejujurnya dia tidak menyangka yang objek yang terjatuh tersebut adalah seorang kanak-kanak.

“Syukur saya dapat sambut dia tepat pada masanya. Kalau tidak tentu ia menjadi tragedi yang mengerikan,” katanya seperti dipetik media Chinadaily.

Katanya sejurus berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut, orang ramai terus menghubungi pasukan kecemasan dan kanak-kanak perempuan dihantar ke hospital.

Kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan parah namun hanya mengalami kecederaan pada paru-paru dan kaki, selain berdepan trauma.

Kesungguhan lelaki menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut membolehkan dia menerima gelaran wira daripada warganet di China kerana bertindak pantas menyambut kanak-kanak perempuan dalam kejadian mencemaskan. 

Tahniah anak muda, kesungguhanmu akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa si kecil tidak bersalah. Semoga Tuhan memudahkan urusanmu di atas kebaikan yang dihulurkan. - KitaReporters


 

12
8
0
8
0

Copy Link: