Kan sudah kena dik oiii!! Kalau hendak rajin biarlah berpada-pada, inikan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita tidak bebas sepenuhnya lagi. Nampaknya kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk rakyat melakukan aktiviti seharian telah disalahertikan masyarakat dengan sewenang-wenangnya. : KitaReporters

Kredit foto: Twitter Mahasiswa @UPSl Malaysia


Lebih mengecewakan adalah golongan berpelajaran tinggi seperti pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang binggung dan sesuka hati berbuat apa sahaja tanpa menghiraukan kesan yang terjadi pada masa hadapan.

Akhirnya mendapat, menyesal pun sudah tidak berguna lagi!

Menerusi laporan media, seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Selayang kerana keluar dari rumah untuk membuat 'assigment' di rumah kawannya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas penuntut lelaki berumur 20 tahun berkenaan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Kredit foto: FB Radio Klasik


Mahkamah turut memerintahkan penuntut itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda.

Dia didakwa dengan sengaja berada dalam kawasan tempat jangkitan COVID-19 tanpa sebarang alasan munasabah yang menghendakinya berada di dalam rumah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2020 di tepi Jalan Tan Sri Low You Chuan, Rawang pada 11.30 malam, 3 April 2020.

Dia turut dituduh mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11 peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya MS Arunjothy memohon hukuman setimpal, manakala peguam M Mariappan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili penuntut itu memohon agar denda minimum kerana anak guamnya telah menyesal dan insaf.

“Pada hari kejadian, dia (penuntut) telah pergi ke rumah kawannya untuk membuat tugasan (assigment) apabila balik dari rumah kawannya itu dia telah ditahan,” jelasnya.

Di mahkamah sama, dua penganggur berumur 26 dan 24 tahun didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah melanggar PKP dengan keluar membeli makanan di tepi Jalan SP1 A, Selayang Jaya, Gombak, Kuala Lumpur pada 9.15 malam, pada 9 April 2020.

Kredit foto: FB Polis KL


Arunjothy memohon hukuman setimpal, manakala Mariappan yang mewakili kedua-dua lelaki itu memohon denda minimum kerana mereka keluar untuk membeli makanan dan mereka juga memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. 

Terdahulu bekas Ikon Belia Negara, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid telah didenda RM800 bersama suaminya Datuk Shaiful Nizam Moh Yusoff oleh Majistret Putrajaya kerana melanggar arahan PKP.

Nurul Hidayah Ahmad Zahid di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 5 Mei 2020.

1
1
12
1
1

Copy Link: