Video| Alamak! Pengantin perempuan pecahkan bata pada majlis persandingannya! Guna siku sahaja

Published by
KitaReporters


PADA majlis perkahwinan kaum Melayu, sering diadakan acara bersilat bagi memeriahkan majlis.

Namun satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Madiun, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini agak berlainan.

Pasangan pengantin tidak memakai pakaian khas pengantin tetapi hanya memakai pakaian silat.

Dan setelah bersanding, pengantin perempuan mengucup tangan suaminya kemudian mengayakan salah satu aksi lasak dalam silat iaitu memecahkan sekeping batu bata berukuran besar dengan kekuatan sikunya dalam beberapa saat sahaja.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bersilat



Hadirin dalam majlis itu bertepuk tangan dan kagum dengan kekuatan pengantin perempuan.

Aksi itu dirakam oleh Frendi Nurazis Kurniawan dalam TikToknya @frendienzo pada Isnin, 29 Mac 2021. Video Tik Tok ini menjadi tontonan ramai.

Sehingga Isnin, 12 tengah hari 12 April 2021.  ia telah ditonton lebih 1.2 juta kali.




Sementara itu, satu lagi video menunjukkan lebih banyak kekuatan pengantin perempuan termasuk memecahkan hingga 3 batu bata berukuran besar, serta memecahkan bata menggunakan kepalanya.

Mungkin ada yang bertanya, persembahan memecahkan batu bata itu ditujukan untuk orang ramai atau untuk si suami pengantin perempuan?? - KitaReporters





3
0
0
0
0

Copy Link: