SELEPAS kecoh dengan gelagat pelanggan yang meraba dan wanita pelayan di sebuah restoran di Terengganu dikatakan berkelakuan lucah, kini perbuatan wanita menghina agama dan mencemarkan imej wanita di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur merebak dalam media sosial.

Kali ini membabitkan seorang 'pelawak' wanita yang dikatakan tiba-tiba masuk ke sebuah restoran dan 'merampas' mikrofon di pentas untuk membuat lawak sambil menanggalkan tudung dan pakaiannya

Kejadian itu berlaku sebelum umat Islam sedunia menyambut AidilAdha, pada Ahad, 10 Julai 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian lawak


"Dia ini bukan pelawak komediri (standup comedy) pun dan melihat dia membuat lawak, sangat menyakitkan hati kerana perbuatan dia pun bukan lawak komedi, lebih kepada mengejutkan orang dan berniat menyinggung perasaan.

"Budak perempuan muda ini cuma mahu menarik perhatian orang kerana tidak ada satu pun lawaknya boleh dikatakan komedi. Tolonglah jangan samakan dia dengan pelawak yang ada," demikian kata Harith Iskander Musa yang mengkritik keras perbuatan seorang wanita itu.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Muslim dan berkebolehan menghafal al-Quran kemudian ditahan oleh pihak berkuasa pada 10 Julai 2022. Dia kini ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga dilaporkan sudah menggantungkan permit operasi restoran itu sementara sehingga selesai siasatan.



Dalam kenyataan yang mewakili diri dan komuniti komediri itu, Harith berkata lawak komedi direka untuk membuat penonton gelak ketawa dengan cara pelawak mengupas isu secara bijak dan cerdik. 

Harith yang sudah 32 tahun terbabit dalam bidang lawak, sangat 'marah' dan kesal serta berharap masyarakat tidak membabitkan wanita itu dengan komuniti pelawak berdiri.

Dalam muat naik dalam Instagramnya, Harith berkata, pertama kali secara jujurnya dia mula rasa kasihan kerana ingatkan seseorang yang mencuri rakam videonya. Tetapi selepas diketahui bahawa ia perbuatan kawan baik dan wanita itu sendiri yang memuat naik video itu, sangat memualkan.

Perbuatan wanita dan pasangan itu yang memuat naik video dalam talian menyebabkan akaun Instagram dan Twitternya disekat penyiaran.

Harith kesal perbuatan yang disengajakan itu telah 'mencemarkan' kerjaya yang dia dedikasi seumur hidup bermula 1990 untuk menceriakan masyarakat negara ini menerusi lawak komedi.

"Perbuatan dia ni bukan satu lawak. Lawak dalam bidang perubatan disebut sebagai penawar. Tetapi melihat wanita itu sangat menyakitkan hati.  Ada ribuan yang datang untuk ke pentas lawak dan 999 tidak ada masalah otak macam dia ni," katanya.



"Dia ni mungkin macam seseorang yang pergi ke restoran dan hendak tunjuk pandai dengan berlagak sebagai tukang masak. Dia goreng bola tampar, sambil bertepik, Hey!..tengok saya masak ni. Lepas itu semua orang marah dan kata tukang masak ni bodoh, perlu diboikot.

"Tapi cara dia ni buat sebenarnya mahu menyinggung perasaan dan mengejutkan orang. Ya, dia memang boleh naik pentas pentas lawak dan bebas beraksi masa 'mikrofon terbuka' itu tetapi ini bukan caranya.

"Saya harap dia diberi 'rawatan' yang betul dengan bawa menyaksikan cara pelawak komedi sebenar. Tak...tak..dia tak mungkin," katanya. 



Seorang lagi pelawak terkenal, Dougls Lim turut menyelar wanita tersebut dengan berkata, 'persembahan' itu hanya untuk membuat kejutan, menghina dan membangkit kemarahan."

"Saya sifatkan persembahan itu sebagai satu sabotaj oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab," tegasnya lagi.



Wanita itu dalam pengakuan terbukanya dalam TikTok memberitahu, dia berusia 26 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Bekas lulusan sekolah tahfiz sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti di Pulau Pinang.

Dia juga mengaku dalam usia 20-an sudah mula membuka tudung, berkahwin dan ada tujuh kekasih. Dia mendakwa dibesarkan dalam keluarga yang teguh berpegang kepada ajaran agama Islam. 

Dia juga mengaku bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dan sedang melanjutkan pelajaran di bidang guaman.

Dia turut mengesahkan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kini sedang belajar menjadi pelawak komediri. Selain itu, dia terbabit membuat video cara melakukan perbuatan lucah.

Bagaimanapun, videonya sudah dipadamkan. 



Sementara itu teman lelaki yang dikatakan sebagai suami wanita itu dalam Facebooknya (FB) mengaku dirinya sebagai biseksual dan aktif dalam mengadakan bengkel dan menawarkan khidmat komunikasi mengenai cara melakukan hubungan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan.



Banyak catatan yang dimuatnaikkan dalam FB-nya berbaur sindiran kepada wanita termasuk mengutuk wanita cantik yang kerap kali tertipu dengan lelaki normal, tentang hubungan rambang dan mengagungkan kehidupan liberal termasuk mengutuk wanita bertudung.

Terkini FB tidak boleh dikesan kemungkinan besar dia tidak membukakannya kepada umum. - KitaReporters


9
7
0
11
1

Copy Link: