Datuk Chua Tee Yong bertanya sesuatu kepada penduduk ketika mengadakan program bertemu pengundi di sekitar Labis.


MASYARAKAT Orang Asli di tujuh perkampungan Orang Asli di dalam kawasan Parlimen Labis tidak pernah disisihkan, malah kebajikan mereka sentiasa diberi keutamaan di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Hakikat itu diakui calon BN kerusi Parlimen Labis pada PRU15 ini, Datuk Chua Tee Yong yang juga menyandang kerusi tersebut selama dua penggal pada tahun 2008 hingga 2018 sebelum gagal mempertahannya pada PRU14 yang lalu.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masyarakat Orang Asli

Masalah serta kebajikan golongan peniaga sentiasa mendapat perhatian Chua Tee Yong yang merupakan calon BN bagi Parlimen Labis.  


"Jika saya diberi kepercayaan oleh pengundi Parlimen Labis untuk menjadi wakil mereka di Dewan Rakyat pada PRU15 ini, menyediakan kemudahan liputan internet serta bekalan air terawat di kampung Orang Asli yang masih belum menikmati kedua-dua kemudahan tersebut adalah antara keutamaan saya.

"Sebenarnya banyak pembangunan yang telah dibawa ke kawasan perkampungan Orang Asli di dalam Parlimen Labis sebelum ini termasuklah pembinaan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan untuk generasi kedua, namun di sebalik itu semua masih terdapat kampung-kampung tertentu yang belum menikmati pembangunan sepenuhnya berikutan perlaksanaannya tidak sempat disempurnakan selepas PRU14," katanya yang pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia sebelum ini.


Bertemu dan mendengar maklum balas penduduk merupakan pendekatan calon BN Labis sepanjang tempoh berkempen PRU15 ini.
Katanya, sebagai bekas Ahli Parlimen Labis, beliau bertekad untuk meneruskan usaha yang pernah dilakukanya untuk menyediakan bekalan air terawat serta liputan internet di beberapa kampung Orang Asli di Bekok kerana kemudahan tersebut merupakan kemudahan asas di mana mereka sebagai rakyat berhak untuk menikmatinya.
Menurutnya, sebelum ini sebagai penyelesaian jangka pendek, pihaknya telah pun mengusahakan sistem bekakan air graviti untuk penduduk di beberapa perkampungan Orang Asli di Bekok selain pembinaan jalan raya yang menghubungkan rangkaian beberapa kampung dengan pekan Bekok.
Namun katanya sistem tersebut masih mempunyai kelemahan berhubung kualiti air yang terjejas ketika musim hujan berikutan sumber air diperolehi secara terus dari sungai berhampiran selain sistem itu juga memerlukan penyelengaraan yang kerap bagi mengelakkan saluran paip yang digunakan tersumbat pasir.

Kebajikan warga emas antara  yang sering mendapat perhatian Chua Tee Yong.

"Saya sedar menyediakan infrastruktur untuk kedua-dua kemudahan tersebut memerlukan peruntukan yang besar yang memerlukan perhatian kerajaan pusat dan sebagai Ahli Parlimen sememangnya tanggungjawab saya membawa isu tersebut untuk perhatian kerajaan pusat.
"Selain memberi tumpuan terhadap kesejahteraan masyarakat Orang Asli di tujuh perkampungan Orang Asli yang terdapat di dalam kawasan Parlimen Labis, saya juga tidak akan mengabaikan kebajikan serta keperluan kaum-kaum lain di sini," katanya ketika ditemui selepas program 'walkabout' untuk bertemu pengundi di sekitar pekan Labis pada 12 November 2022 lalu. - KitaReporters
Sifat Chua Tee Yong yang mudah mesra dengan orang ramai membuatkannya disenangi penduduk Labis. 

Chua Tee Yong (tengah) bersama Pengerusi BN Parlimen Labis, Mohd. Azahar Ibrahim (kanan) ketika menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Segamat Kecil, Labis, Johor.

7
13
0
13
0

Copy Link: