Video| Jangan gelak! Disangka orang bergaduh! Tampil jadi pendamai! Rupa-rupanya pertunjukan silat!

Published by
KitaReporters


Alahai kelakarnya! Mungkin lelaki ini mempunyai jiwa pendamai yang kuat sehingga tidak perasan apa yang dilihat oleh matanya cuma lakonan atau pertunjukan.

Satu video tular dalam media sosial sehingga membuatkan netizen tidak dapat menahan gelak. Video tersebut menunjukkan satu perbarisan anggota silat berpakaian serba hitam.

Tiba-tiba salah seorang daripadanya menendang orang di hadapan sehingga membuatkannya membalas tendangan tersebut dan seterusnya pertarungan bermula.



Ketika inilah seorang lelaki berbaju merah masuk dan cuba melerai serta mendamaikan ‘pergaduhan’ tersebut. Tindakan lelaki berbaju merah itu menyebabkan orang ramai terus menuju ke arahnya dan menjelaskan perkara sebenar.

Hal itu menyebabkan orang yang berada di sekeliling ketawa kerana salah faham yang dicetuskan oleh lelaki berbaju merah itu. Daripada situasi tersebut jelas kelihatan lelaki berbaju merah itu menyangka ia adalah pergaduhan sebenar sedangkan ia hanya pertunjukan silat.


Lelaki berbaju merah ini menyangka ia adalah pergaduhan sebenar.


“Disangka bergaduh walaupun bersilat, aksi dua pemuda cuba dileraikan,” kata kenyataan tersebut yang dipetik daripada Instagram indozone.id.

Manakala netizen yang menonton klip video tersebut meninggalkan pelbagai komen lucu. - KitaReporters


22
17
0
16
0

Copy Link: