Hati-hati apabila cas telefon! Remaja ditemukan maut! Tertidur di atas telefon semasa sedang dicas!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan


MENGERIKAN! Tetapi itulah yang berlaku kepada seorang remaja di Kemboja apabila ditemukan meninggal dunia di rumahnya dalam keadaan dirinya menindih telefon bimbitnya.

Pada awalnya ramai yang membuat andaian kematian melibatkan unsur-unsur jenayah. Namun apabila pasukan kesihatan menyelidik mendapati mangsa terkena renjatan elektrik.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan telefon bimbit


Semua berlaku apabila mangsa yang baru berusia 17 tahun itu dikatakan baru selesai mandi  dan terus mengecas telefon bimbitnya, memetik laporan mirror.co.

Namun siapa sangka tindakan yang dilakukan Khorn Srey Pov akhirnya membawa padah dirinya apabila ditemukan mati dalam keadaan menindih telefon miliknya

Kematian mangsa yang bertugas sebagai penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja itu menjadi tular dalam media sosial.

Pasukan kecemasan yang tiba di kediaman menyifatkan kematiannya berpunca daripada renjatan elektrik dengan voltan tinggi pada 27 Julai 2022 lalu.

Kematiannya mencetuskan perdebatan hebat media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon.

Seorang pennguna dalam media sosial menyarankan supaya kempen kesedaran perlu diperkenalkan terutama cara tepat mengendalikan peralatan elektrik.

“Sudah banyak kes melibatkan perkara seperti ini, sepatutnya kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan peralatan elektrik perlu dilakukan.

“Saya melihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup dan insiden malang seperti ini kerap berlaku,” kata seorang pengguna media sosial.



Sementara seorang lagi pengguna facebook berkata, risiko yang tinggi apabila melibatkan telefon bimbit yang dicaj.

Katanya, walaupun anda berada dalam keadaan kering, namun ia bukan idea yang baik untuk mempunyai salah satu daripada peralatan elektronik di atas katil bersama anda

Beliau menyifatkan insiden yang berlaku kepada remaja berusia 17 tahun itu sangat tragis.

Itulah bahayanya orang ramai hanya mengambil lewa perkara melibatkan keselamatan diri, walaupun nampak mudah namun ia memberi risiko yang besar lagi-lagi melibatkan nyawa. 

Semoga kejadian berkenaan jadi pengajaran kepada kita semua!. - KitaReporters


19
15
2
9
0

Copy Link: