Video| Semoga kembali kuat! Peniaga bangkit semula daripada kegagalan! Kini berjaya buka bisnes kafe!

Published by
KitaReporters


KISAH seorang peniaga yang gagal sehingga terpaksa melelong semua barang niaganya setelah ditutup selama 3 bulan tapi mampu bangkit semula bila berhijrah ke ibu kota dan kini membuka sebuah kafe menjadi inspirasi orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @aizamzakry, beliau memaklumkan berjaya untuk ubah serta bangkit semula dari kegagalan dan semuanya bermula apabila beliau tekad untuk berhijrah ke ibu kota bagi memulakan kehidupan baharu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perniagaan kafe-kafe



"3 bulan lepas, perniagaan tutup kesemuanya. 1 minggu lepas emak tiada. Saya tekad balik semula ke Kuala Lumpur untuk meniaga balik. Datang KL koboi (sehelai sepinggang) bawa 4 ekor kucing, sebab member ajak jalankan perniagaan kafe dengan dia.

“Alhamdulullah, kafe sudah hampir siap semasa saya pindah balik ke KL. 6 Ogos pengembaraan baharu bermula,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan kata semangat serta sokongan secara positif terhadap lelaki itu agar terus bangkit dari kegagalan demi kelangsungan hidup.



“Bila kita pernah rasa susah, insya-Allah kita akan rasa hargai dengan setiap apa yang Allah ingin beri. Yang tidak pernah rasa dia tidak akan rasa susah payah ingin cari duit,” kata @ekinhamdan.

“Alhamdulillah, seronok tengok proses orang berjaya,” ujar @Syahadah.

“Alhamdulillah, kekal kuat. Bukti kegagalan bukan selamanya, yang indah pasti akan menanti jika kita terus kekal kuat selamanya,” tulis @AlmanFae. -  KitaReporter


13
11
0
11
0

Copy Link: