TINDAKAN pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan seekor anak kucing yang tersepit di bawah jambatan Pulau Pinang meraih perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh APM Pulau Pinang dalam laman Facebook, menyatakan seekor anak kucing terjatuh dan tersangkut pada tiang jambatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Angkatan Pertahanan Awam (APM)


Anggota APM bergegas ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat setelah Pusat Kawalan Operasi Daerah Timur Laut menerima panggilan kecemasan daripada seorang pemancing.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial memuji usaha APM yang bertindak setelah menerima aduan dari orang awam bagi menyelamatkan anak kucing itu serta meluahkan rasa syukur si bulus berjaya diselamatkan.



“Tahniah, berjaya bertindak terhadap kes dengan baik dan cemerlang. Nampak semangat berpasukan ketika menjalankan tugas. Tahniah semua,” jelas Shuk Tomok.

“Terbaik geng. Terima Kasih juga untuk PLUS Pulau Pinang dan URB PDRM yang mengawal lalu lintas yang sama-sama menjayakan misi menyelamatkan anak kucing,” ujar Osman Jailani.

“Macam mana kucing berada di situ, ada orang buang ke? Nasib baik kucing selamat, alhamdulillah,” tulis Helmi Yusof. - KitaReporters


9
11
0
8
0

Copy Link: