Oleh: FAUZAN SHOLEH (UTeM)

Gambar: Nur Farhana Zulkifli


Seramai 14 mahasiswa yang terpilih melalui temu duga daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 29 Oktober 2023 berangkat ke Indonesia bagi menjalani program mobiliti pelajar outbound berkredit selama 1 semester 2023/2024 ke Universitas Atma Jaya Yogyakarta (UAJY).

Mereka bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang yang diiringi Muhamad Amirul Razali dan Dr Fauzan sebagai urusetia, manakala penerbangan 1 berangkat pada jam 9.40 am, dan penerbangan 2 berangkat jam 3.45 pm. 



Shubashini A/P Narayanaraj, 21, pelajar Tahun 2 program Bacelor Pengurusan Teknologi (Rantaian Bekalan) atau BTMS yang ditemui sebelum menaiki kapal terbang, mengatakan bahawa tujuan mengikuti program mobiliti ini adalah untuk mendapatkan pengalaman baharu serta untuk merasakan persekitaran budaya yang berbeza.

Prof Dr Syaiful Rizal Abdul Hamid, Dekan FPTT sangat menyokong program mobiliti yang memiliki impak tinggi bagi fakulti juga universiti.

Sokongan universiti melalui fakulti seperti yang disampaikan oleh Danea Ezzaty Azize, 21, pelajar tahun 2 daripada program Bacelor Pengurusan Teknologi (Pengurusan Inovasi) atau BTMI sangat besar.

“UTeM memberikan tajaan kewangan kepada pelajar mobiliti untuk mengurangkan kos dari segi untuk membeli tiket penerbangan”, tambahnya. 



Sementara itu, untuk meraikan kehadiran mahasiswa daripada UTeM, pihak UAJY mengadakan orientasi yang dilaksanakan di Dewan Santo Bonaventura Kampus III, Fakultas Bisnis dan Ekonomi (FBE) UAJY, pada Khamis 2 November 2023 lalu. 

Penyelaras program antarabangsa, Bartolomeus Galih Visnhu Pradana, menyampaikan ucapan selamat datang dan berharap kepada peserta pertukaran mahasiswa asal UTeM Malaysia dapat mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang sama ada aktiviti akademik mahupun non-akademik.

“Semoga para mahasiswa selesa dan gembira berada di UAJY dan dapat belajar banyak mengenai budaya Indonesia,” tambahnya.



Sementara itu, perwakilan mahasiswa Nur Fasyareena Mizani Fauzi, 20, pelajar daripada program BTMS tahun 2, mengatakan sangat senang mendapatkan peluang menimba ilmu di UAJY, meskipun hanya 1 semester.

“Saya sangat gembira dapat sampai ke UAJY, selain tempatnya seronok, staff dan pensyarah di sini juga sangat welcoming dan friendly”, ujarnya. 

Selain itu, apresiasi dari pensyarah UAJY kepada pertukaran pelajar sangat bagus.

"Tiga kata untuk teman-teman mahasiswa asal UTeM, semangat, aktif dan berintegriti, maka diskusi kami di kelas menjadi lebih menyenangkan," kata Pak Visnhu memberikan pujian kepada pelajar-pelajar asal UTeM.

Selain aktiviti akademik, mahasiswa program mobiliti asal UTeM juga mengadakan aktiviti khidmat masyarakat, iaitu membersihkan sampah di persekitaran dan melepaskan anak-anak ikan di sungai.



Nurfarhana Zulkifli 21, memberikan pandangan bahawa program mobiliti ini sangat memberangsangkan dan harus dilanjutkan pada tahun-tahun hadapan, 

Pelajar dari program BTMS tahun 2 ini mengatakan, “program mobiliti ini amatlah bagus untuk pelajar, sebab pelajar boleh dapat tahu cara pembelajaran yang lain daripada UTeM”.

“Pada pelaksanaan selanjutnya pihak pengurusan mobiliti harus ditambah baik agar pelajar dapat bersedia lebih baik lagi, dan pihak pengurusan harus bertanggungjawab terhadap pelajar yang mengikuti program mobiliti agar pelajar tidak terkial-kial,” kata Hikmah Nur Nadia Mohd Shukri, 20, pelajar dari program BTMI tahun 2. - KitaReporters/UTeM

18
16
0
12
0

Copy Link: