Lebih 120 profesor, pensyarah dan pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman dan Universiti Malaysia (UniMAP) menghadiri Program Siri Syarahan Santun Profesor siri ketujuh.

Program anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) UUM dengan kerjasama Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) ini telah menjemput mantan Penolong Naib Canselor (Keusahawanan dan Kelestarian Kewangan) UniMAP, Prof Emeritus Dato’ Wira Dr Mohd Salleh Din.


Tetamu yang hadir untuk mendengar syarahan Prof Emeritus Dr Mohd Salleh Din.

Dr Mohd Salleh yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Keusahawanan dan Perniagaan Kecil dari University of Durham, England ini juga telah banyak melakukan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaan dan ekonomi serta menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal dan buku.

Beliau yang pernah memegang beberapa jawatan akademik di UUM termasuk Pemangku Naib Canselor (Januari 2000) dan Pemangku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) 2006 juga pernah dilantik sebagai Profesor Terhormat untuk 'Tun Abdul Razak Chair (Kursi)’ di Universiti Ohio, Athens, Amerika Syarikat pada Mac 2008 hingga Disember 2010.

Jemputan untuk Tokoh Ma’al Hijrah UniMAP 2022 ini adalah bagi berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dalam Siri Syarahan Santun Profesor bertajuk Keusahawanan Pelajar dan Pendigitalan.


Dr Che Azlan Taib. 


Terdahulu Ketua Pustakawan UUM, Prof Madya Dr Che Azlan Taib menyampaikan ucapan aluan dan mengalu-alukan kehadiran Dr Mohd Salleh dan tetamu yang hadir.

Katanya, program yang dianjurkan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Hari Bersama Pelanggan PSB yang bertujuan menyuburkan budaya perkongsian ilmu dan pemikiran.

“Saya yakin dengan penyaluran dan menyebarluaskan ilmu pengetahuan berkaitan isu semasa dalam kalangan staf, pensyarah dan komuniti ini seiring dengan moto UUM, iaitu, “Ilmu. Budi. Bakti”,” ujarnya lagi.


Prof Emeritus Dr Mohd Salleh Din.


Ketika menyampaikan syarahannya, Dr Mohd Salleh memberi implikasi untuk melangkau dan memberi fokus dalam teknologi bidang keusahawanan.

Katanya, cabaran utama idea keusahawanan berasaskan inovasi yang memberi implikasi kepada universiti, pengubal kurikulum, pensyarah dan pelajar.

“Harapan kita bukan sahaja dapat menilai tambah implikasi dan memikirkan idea untuk membuat pembaikan malah dapat merentas universiti dan negara kerana pasaran kita lebih global,” sambung beliau. - KitaReporters


Prof Emeritus Dr Mohd Salleh (kanan) menerima cenderamata daripada Dr Che Azlan Taib.


Profesor, pensyarah dan pelajar yang memenuhi Dewan PSB.

10
7
0
8
0

Copy Link: