ANDA pengemar kerepek pisang yang tersedia dengan pelbagai perisa jangan lupa untuk menikmati ‘Kerepek Pisang Original Kelate’ kalau berkunjung ke Kelantan yang kini menjadi pilihan ramai penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kerepek pisang ini diusahakan oleh Ramelah Yusoff, 63, di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Kelantan. : KitaReporters


Ramelah Yusoff sedang mengoreng pisang yang dipotong nipis supaya rangup bila dimakan. 


Lagi cerita-cerita dari Kelantan:

https://kitareporters.com/search?search=kelantan


Kerepek Ramelah yang diusahakan sejak lebih 17 tahun lalu sebagai Industri kecil dan sederhana (IKS) itu memiliki kelebihan tersendiri kerana nipis dan ranggup berbanding yang berada di pasaran .

Sebanyak empat jenis perisa kerepek pisang dihasilkan iaitu manis, masin manis, masin dan cheese kari yang dijual dengan harga RM6.00 untuk seberat 250 gram, RM11.00 (400 gram) dan RM110.00 (5 kilogram dalam bungkusan ‘bundle’).

Bagi meneruskan legasi penghasilan kerepek pisang itu, anak bongsu Ramelah, Norsuriana Ali, 27, kini menimba pengalaman dan berkongsi cara membuat kerepek itu terutama bagi mengekalkan keaslian rasanya.

Ramelah memilih pisang yang sesuai untuk dibuat kerepek.


Norsuriana yang lebih mesra dipanggil Aisyah nekad buang jauh sikap malu sebaliknya mahu terus pandang ke depan untuk berdikari bagi mencari rezeki membantu keluarga dengan meneruskan legasi bisnes membuat kerepek pisang.

Bagi Aisyah bisnes IKS itu yang hanya diusahakan di dapur rumah wajar diteruskan dan dia sanggup berhenti kerja makan gaji semata-mata mahu membantu emaknya membuat kerepek pisang yang kini seakan sudah kepenatan.

Aisyah sedang membungkus kerepek pisang mengikut berat yang ditempah pelanggan. 


Untuk merancakkan lagi pemasaran kerepek pisang itu, Aisyah yang memilik ijazah sarjana muda komunikasi dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah melakukan pembaharuan apabila menggunakan pelbagai platform media sosial bagi tujuan promosi.

Usaha yang dilakukan beliau lebih dua tahun lalu itu ternyata mendatangkan hasil apabila tempahan dan edaran kerepek pisang semakin meluas serta meningkat saban hari, di samping Aisyah terpaksa turun padang untuk melakukan tugas penghantaran ke kedai-kedai dan ejen jualan.

Aisyah menyusun bungkusan kerepek pisang pelbagai perisa untuk dihantar kepada pelanggan. 


Aisyah berkata, sebelum itu kerepek pisang yang hasilkan emaknya dipasarkan secara kecil-kecilan kepada penduduk serta kedai runcit di kampung berkenaan sementara bapanya, Ali Yaacob, 73, menjual di tempat kerja di Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ ll), Kota Bharu apabila menerima tempahan.

Menurutnya, apabila melihat kedua-dua ibu bapanya semakin penat untuk meneruskan bisnes itu dia bernekad mempelajari selok-belok membuat kerepek pisang bermula dari peringkat memilih dan membeli pisang di pasar borong serta cara memotong dan mengoreng pisang itu.

Ramelah memberi tumpuan sepenuhnya ketika mengoreng pisang yang dipotong nipis untuk mengelak patah atau hancur.


Katanya, walaupun kerja membuat kerepek pisang itu agak remeh dan perlu berhati-hati terutama ketika memotong pisang supaya kenipisannya sama dan tidak mudah patah atau hancur apabila digoreng serta dibungkus.

“Apabila musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha permintaan kerepek pisang itu meningkat dan kebiasaannya pelanggan atau ejen akan membuat tempahan awal bagi memastikan bekalan mencukupi. 

"Sekiranya membabitkan penghantaran sehingga ke Kuala Lumpur, Melaka dan Johor saya terpaksa memastikan kerepek pisang itu dibungkus dengan sempurna sebelum dimasukan ke dalam kotak supaya tidak hancur,” katanya.

Aisyah berhati-hati membungkus kerepek pisang supaya tidak patah atau hancur. 


Aisyah berkata, walaupun menghadapi persaingan daripada pengusaha kerepek pisang lain dia menggangap sebagai suatu yang lumrah dan rezeki masing-masing selain pelanggan sudah sedia maklum keenakan ‘Kerepek Pisang Original Kelate’.

“Yang penting saya bersyukur dapat meneruskan legasi bisnes emak kepada corak pemasaran yang terkini selain memanfaatkan ilmu sepanjang belajar di UUM itu walaupun tidak memperoleh kerja makan gaji,” katanya.

Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan ‘Kerepek Pisang Original Kelate’ boleh menghubungi Aisyah di nombor telefon 019-9580473 atau 010-4161587 (Ramelah). - KitaReporters

58
7
2
0
3

Copy Link: