Berita Terkini| Pasar seksyen 6 Shah Alam ditutup! 4 hari mulai 28 Mei! Peniaga positif Covid-19

Published by
KitaReporters


PASAR Moden Seksyen 6 Shah Alam, Selangor diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini, 28 Mei 2021 susulan berlaku kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga di pasar berkenaan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, penutupan pasar berkenaan hingga Ahad, 31 Mei 2021 adalah sebagai salah langkah pengawalan bagi penularan penyakit dan pengesanan kontak kes positif di pasar tersebut.

“Peniaga, penyewa dan pekerja di pasar berkenaan disaran untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 dalam kadar segera dan mengemukakan keputusannya pada MBSA sebelum dibenarkan meneruskan operasi perniagaan,” katanya seperti dipetik Bernama, 28 Mei 2021.

Dalam masa sama, beliau menyarankan orang ramai untuk melaksanakan ujian saringan di lokasi program saringan COVID-19 percuma kerajaan negeri Selangor atau mana-mana klinik dan pusat perubatan swasta yang mengadakan perkhidmatan saringan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: