Petugas KKM membuat saringan terhadap pelajar dan kakitangan  sebuah institusi pendidikan di Daerah Setiu.


TREND  penularan COVID-19 di Terengganu kini  semakin membimbangkan penduduk apabila Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan 184 kes baharu pada Ahad 2 Mei 2021 dengan daerah Setiu sebagai penyumbang terbesar.

Daripada jumlah keseluruhan kes positif, 154 daripadanya datang dari daerah Setiu, manakala Besut merekodkan 24 kes, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus masing-masing tiga.

Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes di Setiu melibatkan kluster yang baharu didaftarkan pada 1 Mei 2021 iaitu Kluster Saujana selain satu kes daripada saringan bergejala.


Lagi cerita-cerita berkaitan JKNT

Dr Nor Azimi Yunus 


Katanya,  kluster institusi pendidikan itu melibatkan daerah Setiu dan Besut, Terengganu. Selan itu, nama kluster adalah berdasarkan kepada alamat institusi pendidikan kes indeks

Beliau berkata, kes indeks bagi kluster ini ialah Kes 4106 yang merupakan seorang wanita berusia 13 tahun, warganegara Malaysia dan dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan kontak rapat seterusnya berjaya mengesan kes-kes lain dalam kalangan rakan dan pengajar

Manakala data saringan di Terengganu sehingga 2 Mei 2021 ialah berjumlah 386, 135 daripadanya negatif dan 153 positif, jumlah yang masih menunggu keputusan adalah 73, katanya dalam satu kenyataan rasmi dalam akaun Facebook. 



Sementara itu dalam perkembangan lain, JKNT mengarahkan pengoperasian bazar Ramadan di Kuala Besut dan Bukit Kenak, dekat Jertih, ditutup tujuh hari bermula 1 Mei 2021 hingga 7 Mei 2021ini selepas ada peniaga di bazar itu dikesan positif COVID-19

Dr Nor Azimi berkata kedua-dua bazar itu diarah tutup mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi mencegah penularan COVID-19.

"Siasatan mendapati tiga daripada enam pekerja sebuah kafe di daerah Besut yang didapati positif, turut berniaga di kedua-dua bazar berkenaan," katanya.

Tahun 2021 ini, terdapat sebanyak 69 lokasi bazar Ramadan dengan 4,326 petak niaga beroperasi di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, 22 lokasi adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (enam), Dungun (lima), Marang (lima) dan Hulu Terengganu (dua). 



Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Besut meminta mana-mana individu yang pernah menghadiri aktiviti zumba di tiga pusat kecergasan daerah itu iaitu D Aora Fitness HQ Gong Kepas, D Aora Fitness Centre Seberang Jertih dan D Aora For Men Fitness Kampung Kenjeng, Tok Has, dekat Jertih pada 13 April 2021 hingga 26 April 2021 diminta hadir ke mana-mana klinik kesihatan berdekatan untuk tujuan saringan COVID-19. - KitaReporters 

Bazar Ramadan Bukit Kenak, Jertih diarah tutup

5
1
9
1
1

Copy Link: