MENGUNJUNGI taman tema semestinya sangat menyeronokkan bukan sahaja kepada anak-anak, ibu bapa juga turut tumpang sekaki berhibur dengan permainan yang bersesuaian untuk seisi keluarga. bercuti di taman tema sangat mengujakan!

Namun tidak bagi projek taman tema, London Resort yang terletak di United Kingdom (UK) yang bakal menelan belanja bernilai 3.5 bilion pound (RM19.72 bilion) terpaksa ditutup berikutan diserang spesies labah-labah kecil sepanjang satu sentimeter yang memenuhi kawasan berkenaan.

Alamak!..takutnya


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan taman tema



Memetik laporan Daily Mail, London Resort yang dulunya dikenali sebagai ‘Disneyland UK’ itu akan dibangunkan di Tebing Thames di Swanscombe, Kent.

Situasi yang melanda itu menyebabkan  London Resort seluas 465 hektar yang dikatakan bakal menjadi taman tema paling besar di Britain, kini berdepan masa depan yang  tidak pasti susulan penarikan diri badan penyiar daripada projek tersebut.



Sementara itu, kumpulan pencinta alam, Save Swanscombe Peninsula pula bertegas dan melancarkan sebuah kempen dalam talian bagi mendesak BBC menggugurkan sokongannya dalam projek taman tema itu.

November 2021 lalu, taman itu yang sebelum ini merupakan kawasan perindustrian, diisytiharkan sebagai Tapak Kepentingan Saintifik Khas (SSSI) kerana kepelbagaian hidupan liar yang unik.

Nasib baik taman tema itu belum disiapkan lagi jika tidak, pengunjung bukan datang untuk bercuti tetapi mencari bahaya lebih-lebih sekiranya labah-labah itu menyerang kanak-kanak.

Inilah dikatakan setiap berlaku pasti ada sebab. - KitaReporters 


9
14
0
16
0

Copy Link: