Hasil karya Eri mendapat sorotan media. - Kredit foto-foto: Instagram er_studio_art


IMPAK buruk daripada pandemik Covid-19 sangat memberi kesan terhadap kerjaya seorang lelaki di Indonesia bernama Eri Sudarmono, 42, sebagai pelukis sehinggakan dia terpaksa menganggur selama enam bulan.

Berbekalkan kesungguhan dan usaha, Eri bangkit dengan karya luar biasa, sekali gus mampu berbangga setelah hasil kreativitinya menghasilkan robot mendapat permintaan sehingga ke China serta Jerman.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kreativiti


Replika robot yang berjaya disiapkan.



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu!

Ternyata, tuah Eri yang menetap di Kampung Kauman, Desa Gilangharjo, Kapanewon Pandak, Kabupaten Bantul, di Yogyakarta terletak pada bakat seni serta kebolehannya mengubah motosikal menjadi robot seakan-akan seperti robot 'Transformer'.

Lapor portal Indozone, Eri bermula sebagai seorang pelukis sekitar tahun 2006, kemudian menghasilkan pelbagai jenis replika robot, namun malangnya berdepan cabaran getir saat pandemik Covid-19 mula melanda sehingga kerjayanya itu terhenti selama enam bulan.

Namun, tidak selama-lamanya menyerah pada takdir, dia mula bangkit menentang aturan itu kerana baginya dia tidak akan ke mana-mana kalau tidak berbuat apa-apa. 


Eri bermula sebagai seorang pelukis.


Bangkitnya sangat luar biasa! Dia menemui kekuatan dalam musibah yang melanda seluruh dunia dan setelah dihimpun kudrat serta semangat, akhirnya dia mula menyuburkan kembali bakat yang terbantut.

Mendapat permintaan dari negara China menjadi detik terindah dalam kerjayanya. Ya, inilah peluang untuk karyanya pergi lebih jauh dan dia dikehendaki menyediakan replika robot berukuran tiga meter.

Biasanya dia bersama rakan sekerja seramai 13 orang mengambil masa satu bulan untuk menyiapkan replika robot bergantung pada saiz dan rekaan. 

Lebih mengggembirakannya, pelanggan dari China itu sangat berpuas hati dengan hasil karyanya.

Kini, hasil karyanya itu bukan sahaja mendapat tempat di China tetapi juga di Jerman, salah sebuah negara yang sangat terkenal dengan automotifnya yang terbaik. - KitaReporters


Pelbagai jenis replika robot dihasilkan mengikut kehendak pelanggan.


Biasanya replika robot mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan.

16
14
0
12
0

Copy Link: