TERKINI, Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah, mengesahkan seorang peserta tempatan dari Nusa Tenggara Timur yang hadir pada himpunan tabligh Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Gowa, Sulawesi, Indonesia telah dirujuk ke Hospital Haji Makassar di Sulawesi Selatan selepas dikatakan mengalami gejala demam panas. : KitaReporters

Nurdin Abdullah (dua, dari kiri), sempat melawat lokasi penganjuran himpunan tabligh Ijtima Dunia 2020 peringkat Asia di Gowa, Sulawesi di Indonesia.


Nurdin berkata, peserta itu belum lagi disahkan sepenuhnya dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19).

"Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah terdapat peserta himpunan yang mengalami demam panas dan telah dirujuk ke hospital berdekatan.

”Namun begitu peserta itu kini masih dalam pemantauan rapi dan segala maklumat terperinci akan dimaklumlan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi sebuah laman berita tempatan.

Kerajaan Indonesia berkata, negara itu sedia memastikan semua peserta akan dihantar pulang dengan kawalan dan mendapat pemeriksaan Covid-19 terlebih dahulu.

Pihak berkuasa telah mula melakukan pemantauan dan penyemburan di lokasi himpunan begi mengelak gejala terus merebak.


Nurdin Abdullah (tengah) bercakap dengan media berhubungan kedudukan semasa ribuan peserta himpunan tabligh, yang telah dibatalkan.


Dalam pada itu, katanya, seramai 411 warga asing yang terlibat dalam perhimpunan tersebut  telah dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke negara asal masing-masing.

“Kami telah telah mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan pengasingan bagi semua peserta di sebuah hotel dan melarang mereka melakukan kontak rapat dengan penduduk tempatan.

"Seramai 411 orang daripada enam negara diarah menjalani kuarantin selama 14 hari. 

"Selepas tempoh itu, mereka akan dihantar ke pelabuhan atau lapangan terbang untuk pulang,” katanya.

Manakala itu, katanya lagi, bagi peserta tempatan, mereka turut dikuarantin di Asrama Haji dan segala keperluan akan disediakan.

“Diharap penduduk Sulawesi Selatan tidak panik dengan situasi semasa di wilayah itu kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan wajar bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, acara himpunan yang dianjurkan jemaah tabligh itu membabitkan hampir 10,000 masyarakat Islam di Sulawesi Selatan dan turut dihadiri peserta luar negara seperti Thailand, Timur Tengah, India, Filipina, Brunei dan Malaysia. - KitaReporters

Peserta-peserta telah dilihat mula meninggalkan tapak perhimpunan.

1
0
3
0
0

Copy Link: