Berita Terkini| Hospital Selayang nafi alami masalah bekalan oksigen! Berita tular berita palsu!

Published by
KitaReporters

Hospital Selayang nafi mesej tular mendakwa Hospital Selayang kehabisan bekalan oksigen


HOSPITAL Selayang di Selangor menafikan mengalami masalah bekalan oksigen sebagaimana berita tular yang mendakwa keadaan sedemikian.

Memetik laporan Sinar Harian pada 10 Julai 2021, pihak pengurusan Hospital Selayang meminta orang awam tidak terpengaruh dengan mesej palsu dan tidak terus sebarkannya dalam media sosial.

“Masyarakat diminta berhati-hati dengan berita palsu. Hospital Selayang tidak hadapi sebarang masalah bekalan oksigen seperti yang ditularkan.

“Orang awam diminta merujuk terus dengan pihak hospital jika terdapat sebarang pertanyaan atau inginkan sesuatu kesahihan mengenai sesuatu perkara,” katanya.

Tular dalam media sosial mesej yang meminta sumbangan orang ramai untuk membeli tangki oksigen bagi menampung keperluan pesakit di Hospital Selayang dan ia susulan kesesakan pesakit Covid-19 di hospital kerajaan termasuk Hospital Selayang.

Berita tular turut mendakwa 90 peratus individu positif Covid-19 di wad kecemasan hospital berkenaan sehingga menyebabkan mereka terpaksa berkongsi bekalan oksigen. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: