Gambar hiasan... KPM akan berusaha pastikan sekolah secara bersemuka berjalan dengan selamat bagi cegah penularan Covid-19. - Kredit foto: harakahbaily.net


SERAMAI 8,269 murid dan pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) direkodkan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh sesi persekolahan bermula 20 Januari hingga 7 Mei 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah berkenaan ia melibatkan 4,086 murid sekolah rendah dan 4,173 pelajar sekolah menengah.

“Perancangan menyeluruh terus dilaksanakan pihak kementerian dalam usaha memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka menjadi lebih selamat, lancar dan teratur,” katanya dipetik laporan Harian Metro, 30 September 2021.

Pembelajaran secara bersemuka dijadualkan bermula 3 Oktober 2021 ini yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PRN).

Bagaimanapun kelas secara fizikal itu hanya melibatkan negeri-negeri yang berada di Fasa 3 dan 4 sahaja manakala bagi negeri di Fasa 1 dan 2 sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar kelas peperiksaan sahaja.

Sesi persekolahan secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dilaksanakan dengan kapasiti 50 peratus murid secara sistem penggiliran mingguan. KitaReporters


9
15
0
17
0

Copy Link: