Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin,37, antara wanita hamil yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19


SERAMAI 70 orang wanita hamil telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 bagi tempoh bermula Januari hingga 9 Ogos 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 47 peratus kes kematian dilaporkan mempunyai komorbid.

“Pada tahun 2020 lalu, tiada sebarang kes kematian melibatkan wanita mengandung disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19.

“Namun pada tahun 2021 ini, purata kes kematian Covid-19 bagi Januari hingga Mei adalah dua kes sebulan sebelum meningkat secara mendadak pada Jun dengan 17 kes kematian.

“Data menunjukkan dua kes telah menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes lagi tidak menerima vaksin Covid-19,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo pada 11 Ogos 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham memaklumkan sejumlah 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di negara ini sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 lalu.

Katanya lagi, bilangan kes meningkat sejak Oktober 2020 dengan purata 200 jangkitan sebulan dan lonjakan dapat dilihat pada Mei serta Jun 2021 lalu apabila masing-masing merekodkan 850 kes serta 899 kes. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: