Operasi penebangan pokok durian Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, Pahang dijangka selesai awal berbanding jadual asal. - Kredit foto: Utusan Malaysia


Operasi menebang pokok Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, Pahang berjumlah kira-kira 11,000 batang dijangka siap sepenuhnya minggu depan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata sehingga 9 Julai 2021 kerja-kerja berkaitan telah pun melebihi 85 hektar daripada keluasan keseluruhan 101 hektar.

“Aktiviti menebang yang bermula 3 Julai (2021) lalu dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada 3 Ogos 2021. Kita jangkakan ia akan siap sepenuhnya  sekitar minggu hadapan dan ops berjalan lancar terutama selepas kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Selepas aktiviti menebang selesai sepenuhnya nanti, kita akan lakukan segera kerja-kerja menanam pokok hutan yang telah pun kenal pasti beberapa spesis bagi tujuan ini termasuk meranti temak nipis,” katanya dipetik laporan Kosmo, 10 Julai 2021.

Tambah beliau, hampir 100 kakitangan JPNP terlibat dalam Operasi Pamah itu dengan dibantu anggota Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP) yang menjalankan kerja menebang secara berterusan gunakan mesin gergaji berantai. -KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: