Gambar hiasan... Perkhidmatan fotografi antara 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 2 PPN berkuatkuasa 16 Ogos 2021. - Kredit foto: FB Pok Nik


KERAJAAN bersetuju benarkan 11 lagi aktiviti ekonomi bagi sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi di negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada 16 Ogos 2021.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan media bertarikh 15 Ogos 2021.

Menurut beliau, kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah sebagai tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula dalam Fasa 1 PPN.

“Pemilik premis tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan indvidu itu telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Sementara itu, untuk info 11 aktiviti ekonomi dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 2 PPN ialah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; barangan terpakai, bunga dan nurseri; kraf tangan dan cenderahati.

Selain itu, kedai antik; alat permainan; permaidani; kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; peralatan outdoor; kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi serta kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik turut dibenarkan beroperasi. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: