Replika Wau bulan sempena kemerdekaan ke-64 di Kedah

Published by
MOpress

Penduduk Kampung Nongka, Hosba Kedah tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini bagi Printah Kawalan Pergerakan (PKP) menangani penularan pandemik COVID-19 ketika mengantung jalur gemilang.

Wau bulan yang disiapkan oleh penduduk sedang dibawa untuk dipasang berhampiran pintu masuk ke Kampung Nongka, Hosba.

Penduduk turut menghiasi rumah dengan kibaran jalur gemilang.

Penyelaras program Ahmad Azrul  Azibun Din, 39.

 Muhammad Taquddin Ali (duduk) bersama Muhammad Shahrul Hashim sedang memasang wau bulan yang dihasilkan.

Seramai 20 orang anak muda dan veteran Kampung Nongka, Napoh, Kedah berjaya menyiapkan replika wau bulan berukuran lebar 2.74 meter dan panjang 3.05 meter yang dihiasi dengan Jalur Gemilang di pintu masuk kampung itu.

Penyelaras program Ahmad Azrul  Azibun Din 39, berkata kesepakatan penduduk disitu membolehkan mereka berjaya mengumpul RM3000 untuk membeli jalur gemilang dan peralatan lain bagi menyiapkan replika wau bulan itu.

“Semangat kemerdekaan penduduk di sini dapat dilihat melalui sumbangan yang disalurkan ketika kami memaklumkan untuk membeli jalur gemilang bagi menghiasi kampung ini,” katanya ketika ditemui.

Rata-rata penduduk disitu bukan sahaja menghulurkan sumbangan wang malah bersama-sama menyiapkan wau bulan dan mengantung jalur gemilang sempena sambutan kemerdekaan negara ke-64 yang bertemakan Malaysia Prihatin.

Gerakerja gotong-royong itu juga dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini bagi Printah Kawalan Pergerakan (PKP) menangani penularan pandemik COVID-19.

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September ini Ahmad Azrul berharap rakyat Malaysia  akan berasa bangga kerana dapat mengibarkan jalur gemilang di halaman rumah mereka nanti selain daripada persekitaran kampung.

0
0
0
0
0

Copy Link: