Video| Allahu! RM270k berjaya dikutip untuk Nad Zainal! Sebahagian diinfakkan sebagai usaha rawatan!

Published by
KitaReporters

SEBANYAK RM270,000 berjaya dikumpul daripada sumbangan orang ramai untuk kos perubatan Nad Zainal, 34.

Tabung Kecemasan Nad Zainal melebihi sasaran awal iaitu RM200,OOO. Jika ada lebih untuk belanja perubatan Nad Zainal, ia akan disumbang kepada pihak yang memerlukan.
Sumbangan amal yang diusaha beberapa rakan artis termasuk rakan baik Nad, Ungku Ismail Ungku Aziz mula dibuka pada hujung November 2022 dan ditutup pada 12 Disember 2022.


Jumlah kutipan yang diperoleh itu dinyatakan oleh Ungku Ismail dalam ruangan Instagramnya.

Menurut Ungku Ismail, dana yang dikutip menerusi akaun Pertubuhan Kebajikan As-Sidiq itu dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk pascarawatan bagi membantu perbelanjaan Nad sepanjang tempoh berehat daripada sebarang penggambaran.

Sebanyak tiga peratus hasil kutipan akan diberi kepada Persatuan Kebajikan As-Sidiq, kata Ungku Ismail dalam sebuah video Instagram. 

Sumbangan untuk derma kepada badan kebajikan, pusat tahfiz dan golongan memerlukan adalah sebagai sebahagian cara pemulihan Nad. 



"Dalam hadis juga ada menyebut sedekah sebagai satu cara ikhtiar ketika sakit. Jadi dengan duit itu ia telah diinfaqkan atas nama Nad kepada rumah tahfiz, masjid dan golongan yang memerlukan,” kata Ungku Ismail.

Pelakon ini turut memberitahu, pihak keluarga turut melakukan rawatan secara Islam sejak hari kedua Nad dimasukkan ke hospital. Ini termasuk memberi air zam zam dan meminta pusat tahfiz melakukan doa selamat.



Berkongsi perkembangan pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin itu, Ungku Ismail memberitahu rakan artisnya itu masih dalam proses pemulihan.

Sehubungan itu, Ungku Ismail meminta orang ramai mendoakan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin kembali sembuh .Sejumlah rakan artis turut mengadakan doa selamat untuk Nad kembali pulih.

Nad yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor sejak 20 November 2022 akibat pendarahan pada bahagian paru-paru  dan kemudian perlu ditidurkan hingga kini. - KitaReporters

Ungku Ismail sentiasa memberi perkembagan terkini Nad Zainal dalam Instagramnya

13
13
0
12
0

Copy Link: