HIDUP akan mati dan kematian sudah pasti akan berlaku ke atas setiap mahluk yang hidup di dunia tetapi biarlah kematian itu tidak mengundangkan suatu tragedi yang menyayatkan hati dengan penuh air mata tanpa diduga. Namun, itulah yang berlaku kepada seorang ibu, Munah Agon, 58. : KitaReporters


Kredit foto: Bernama


 

MUNAH Agon (kiri) menangis kesedihan ketika menceritakan kejadian malang yang mengorbankan sembilan orang termasuk anak dan cucunya di Hospital Sri Aman, Sarawak pada 1 Januari 2020. - Kredit foto: Harian Metro


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan mati lemas:

https://kitareporters.com/search?search=mati+lemas


Bagi Munah, beliau bukan sahaja bersedih berikutan kehilangan dua orang anak serta tujuh orang cucunya akibat mati lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang mangsa naiki terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pengkalan Feri Triso, Beladin, Sarawak pada pukul 3.04 petang pada Jumaat 1 Januari 2021 lalu. 

Tetapi kejadian malang yang menimpa sembilan mangsa terbabit adalah dianggap sejarah negara pada awal tahun baharu 2021 amat memilukan hati Munah serta keluarganya apabila beliau sendiri melihat kenderaan Ford Ranger itu terjatuh ke dalam air semasa kenderaan itu menaiki feri

Pacuan empat roda itu secara tiba-tiba meluncur laju ke arah feri tersebut sebelum ia jatuh ke dalam sungai sedalam lebih dua meter serta arusnya deras.



ORANG ramai cuba menyelamatkan sembilan mangsa lemas yang terperangkap dalam kenderaan tetapi gagal di Pengkalan Feri Triso, Beladin, Betong, Sarawak pada 1 Januari 2021. - Kredit foto: Ihsan pembaca.


Dua anak Munah yang terbunuh ialah Siti Aishah Abdullah, 36 dan adiknya Lorna Ting, 33.

Anak-anak Siti Aishah yang terkorban sama ialah Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16; Khairunnisa, 14; Mohd Aiman, 7; Mohd Mustaqim, 5; dan Mohd Ahmad berusia empat bulan, manakala dua anak Lorna yang turut lemas ialah Alvin Phang, 12; dan Wallace Phang, 7.  

``Hati ibu mana tidak merasa sedih apabila kejadian itu berlaku di depan mata  dan mak cik menyaksikan sendiri orang ramai yang membawa keluar anak serta cucu mak cik yang mati lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu.


MAYAT mangsa lemas yang diambil daripada kenderaan Ford Ranger untuk dibawa ke tebing sungai di Pengkalan Feri Triso. - Kredit foto: Ihsan Pembaca


``Kejadian itu belaku begitu pantas, hanya beberapa minit sahaja semua keluarga mak cik meninggal dunia di situ walaupun ketika itu mak cik menangis sambil berdoa semoga ada seorang atau dua orang yang berada di kenderaan itu terselamat dari tragedi tersebut,’’ katanya. 

Munah dengan wajah sedih berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Seri Aman, Simanggang, Sarawak lewat petang Jumaat 1 Januari 2020. 

Sebelum kejadian terbabit, sembilan mangsa lemas dalam perjalanan dengan menaiki kenderaan terbabit untuk menghantar Nor Shuhada dan Khairunnisa yang akan mengikuti pusat pengajian Islam di sebuah Madrasah di Semariang, Kuching dan mereka terpaksa menaiki feri sebelum ke pusat itu.


 

MAYAT Siti Aishah bersama lima anaknya disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang, Sarawak selepas disolatkan di Masjid Sri Aman pada 2 Januari 2021. - Kredit Foto : Harian Metro 


Munah berkata, mereka bertolak dari kampung Kapit ke Semariang dengan menaiki dua buah kenderaan iaitu semua mangsa lemas tersebut menaiki Ford Ranger dan beliau pula menaiki kenderaan lain. 

Beliau berkata, semasa memulakan perjalanan dari kampungnya kenderaan berkenaan dipandu oleh Siti Aishah dan selepas itu Lorna Ting membawa pula kenderaan itu sehingga ke Pengkalan Feri Triso. 

``Kereta yang mak cik naiki berada di belakang Ford Ranger dan di Pengkalan Feri itu mak cik melihat kenderaan yang dipandu oleh anak itu jatuh ke dalam air,’’ ujarnya yang tidak menduga akan kehilangan sembilan ahli keluarganya dengan sekelip mata . 

Suasana kedukaan menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang apabila jenazah Siti Aishah bersama lima anaknya disemadikan dalam satu liang selepas solat asar pada Sabtu 2 Januari 2021, sementara mayat Lorna Ting dengan dua anaknya  dikebumikan di Sibu, Sarawak. 

Sementara itu, suami Siti Aishah, Mohamad Hamzah Razali, 43, memberitahu sehari sebelum kejadian itu, Mohd Aiman pernah berkata di depan adik-beradiknya yang lain  semasa berbual di rumah bahawa dia akan mati. 

``Saya tidak sangka kata-kata Mohd Aiman yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik itu turut terbunuh dalam tragedi petang Jumaat itu adalah benar,’’ katanya. - KitaReporters

0
0
8
0
0

Copy Link: