Takziah! Warga PDRM Terengganu rugi hampir RM1j akibat banjir! Empat pondok dan balai polis terjejas!

Published by
KitaReporters

Sebahagian murid yang terlibat dengan banjir hadir pada program pascabanjir PDRM Terengganu


WARGA Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu mengalami kerugian hampir RM1 juta apabila harta benda milik pegawai dan anggota pasukan itu musnah dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu pada Disember 2022.

Dalam kejadian banjir tersebut seramai 154 pegawai dan anggota mengalami kerugian berikutan banjir besar yang melanda seluruh daerah negeri itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Polis Diraja Malaysia

Rohaimi Md Isa (tengah) bersama guru besar dan murid yang menerima bantuan peralatan sekolah


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata, kerugian itu tidak termasuk empat pondok dan balai polis di beberapa daerah di Terengganu yang turut  terjejas akibat banjir terbabit. 

Katanya, antara balai pondak polis terbabit termasuklah  Balai Polis Kuala Jengai di Dungun, Balai Polis Manir dan Pondok Polis Tenang, Hulu Besut serta Balai Polis Trafik di Jertih.


Rohaimi melakukan simbolik penyerahan sumbangan peralatan sekolah kepada seorang guru besar


Menurut Rohaimi, sebahagian besar pegawai dan anggota yang terbabit dalam kejadian banjir tersebut adalah mereka yang tinggal di rumah sewa dan di luar dari kawasan balai polis.  

Menurutnya, pihak jabatan bersimpati dengan nasib anggota terbabit dan akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang menerusi ketua polis setiap daerah.

Rohaimi berkata, ketika bencana itu juga, beliau tidak dapat meninjau keadaan di daerah Besut berikutan jalan dinaiki air dan terputus hubungan.

Sehubungan itu, pihak PDRM turun padang menganjurkan program pasca banjir daerah Besut yang menjadi keutamaan untuk program kali ini.


Rohaimi menyerahkan beg kepada seorang murid


Katanya,selain menyerahkan sumbangan kepada tiga sekolah terpilih serta pelajar terjejas banjir, bantuan juga diagihkan kepada keluarga polis yang terbabit.

"Bantuan termasuk alat tulis, beg sekolah dan makanan ini hasil daripada sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) orang perseorangan dan agensi kerajaan," katanya selepas penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir daerah Besut, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Jertih, pada Isnin, 9 Januari 2023.


Rohaimi meninjau sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih yang ditengelami air


Hadir sama, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Besut, Rosli Abdul Rahman. 

"Kebiasaannya kerajaan pusat akan memperuntuk kira-kira RM500,000 untuk membaik pulih premis serta balai polis mengalami kerosakan disebabkan banjir,” katanya. - KitaReporters


10
15
1
15
1

Copy Link: