Pesta Tanglung dan perayaan kuih bulan digelarkan Tahun Baharu Kecil kerana ia menandakan berakhir turutan perayaan bermula dari Tahun Baharu Cina. 

Pada zaman dahulu, permainan tanglung hanya dikhusus kepada maharaja dan kerabat bangsawan. Pesta  itu diraikan pada hari ke-15 dalam bulan pertama kalendar Cina. 

Pesta itu pertama kali diadakan pada zaman Dinasti Qin. Ia adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh. Disebabkan malam dikenali sebagai xiao dalam bahasa Mandarin, maka festival tersebut dikenali sebagai Festial Yuan Xiao.


Si cilik gembira kerana dapat membawa tanglung untuk dilepaskan ke udara.


Di Malaysia, ia satu pesta yang membabitkan masyarakat berbilang kaum dengan reka bentuk yang berwarna warni seperti haiwan. Setiap seorang membawa tanglung mereka untuk dilepaskan ke udara dan suasana yang gelap bertukar terang benderang. 

Ia juga menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara bagi melihat kemeriahan penganjurannya. 

Saban tahun kita dapat melihat pelbagai pihak menganjurkan Pesta Tanglung sebagai satu acara setempat dan  nasional untuk memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah merasmikan pesta Tanglung di Kota Bharu pada 2013. Malah, Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim (MACMA) cawangan Ipoh turut menganjurkan Pesta Tanglung yang dihadiri lebih 1,000 orang bukan Muslim di Soka Gakkai Ipoh, Perak.


Syahredzan Johan (kiri) turut mengambil bahagian membawa tanglung bersama penduduk lain.


Pesta Tanglung Parlimen Bangi 2023 di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor disertai masyarakat berbilang Malaysia Madani dan suasana gelap diterangi dengan lampu berwarna warni dalam suasana penuh meriah. Pesta itu mendapat kerjasama MPKK Kg Baru Sungai Chua, Kajang.

Pelbagai acara sampingan diadakan sempena pesta tanglung itu, antaranya bengkel pembuatan kuih bulan, pertandingan mewarna, bengkel DIY pembuatan tanglung, perarakan tanglung, persembahan bebola LED,  dan persembahan tarian tradisional Melayu, Cina serta India.


Masyarakat India turut mengambil bahagian dalam Pesta Tanglung Parlimen Bangi 2023.


Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan hadir meraikan bersama rakyat berbilang kaum dan agama bagi memeriahkan pesta itu. Turut hadir, ADUN Balakong, Wayne Ong Chun Wei.

Beliau gembira dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan berbilang kaum termasuk Melayu dan India, sesuai dengan gagasan Malaysia Madani.

"Ini membuktikan kita di Malaysia meraikan perayaan masyarakat berbilang kaum seperti Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baharu Cina selain Pesta Tanglung.


Bengkel DIY membuat tanglung mendapat sambutan penduduk sekitar Parlilmen Bangi.


"Ini bersesuai dengan aspirasi dan semangat Kerajaan Perpaduan bagi mengeratkan hubungan antara kaum melalui perayaan.

"Saya bertuah kerana dapat meraikan majlis kebesaran semua kaum seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Moga ia menjadi acara tahunan yang lebih meriah," katanya.

Dia berharap penduduk di Parlimen Bangi hidup seperti satu keluarga besar dan meraikan kepelbagaian yang unik itu. - KitaReporters

15
18
0
10
0

Copy Link: