Majlis Bandaraya Diraja Klang, (MBDK) telah mengadakan operasi bersepadu tindakan penguatkuasaan ke atas tapak rizab sekolah, Jalan Langat, Bandar Botanik di Klang. 

Operasi itu telah diadakan pada 17 April 2024 lalu. Dalam operasi itu, sebanyak 16 premis di tapak tanah rizab sekolah, Jalan Langat, Bandar Botanik  itu yang beroperasi tanpa kebenaran telah diarahkan menghentikan operasi serta-merta. 

Operasi  telah diketuai Timbalan Datuk Bandar MBDK, Mohd Zary Affendi Mohd Arif. 

Turut serta dalam operasi berkenaan ialah jabatan-jabatan teknikal dalaman, pemimpin setempat, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Air Selangor dan Polis Klang Selatan.





Mohd Zary Affendi turut menegaskan bahawa, MBDK memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan awam di samping peraturan undang-undang yang diabaikan oleh pihak berkenaan sebelum memulakan sesuatu pemajuan.

Sementara itu, menurut Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Norfiza Mahfiz , tindakan itu adalah berikutan susulan pelbagai aduan yang diterima oleh MBDK. 

Antara aduan yang diterima ialah, penduduk tidak berpuas hati kerana kerosakan jalan yang teruk akibat kenderaan yang sering keluar masuk, permasalahan sistem saliran dan gangguan pencemaran bunyi bising.




Menurut Norfiza lagi, semua premis haram itu telah diarahkan memberhentikan pemajuan dan memulihkan semula tanah kepada keadaan asal. 

MBDK juga mendapati premis premis berkenaan telah beroperasi tanpa Kebenaran Merancang (KM) daripada MBDK. Beliau juga memberitahu, pemantauan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

Jelas beliau juga, MBDK telah mengeluarkan arahan selaras peruntukan di bawah Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran daripada pihak Majlis. - KitaReporters



14
11
0
10
0

Copy Link: