Taman rekreasi merupakan antara aset awam yang amat bernilai kepada sesebuah bandar. Program gotong-royong telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di taman rekreasi Taman Tasik Kamunting bagi memastikan Taiping kekal bersih, indah dan mampan



Program mengindahkan sesuatu taman agar ia menjadi bersih dan indah menjadi satu kemestian bagi sesebuah bandar di negara ini.

Justeru itu, satu program gotong-royong dianjurkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di taman rekreasi Taman Tasik Kamunting, Taiping.

Ini membuktikan semangat berkenaan masih utuh dalam membina sebuah bandar yang bersih, indah dan mampan.

Taman rekreasi merupakan antara aset awam yang amat bernilai kepada sesebuah bandar. 

Ia bukan sekadar ruang untuk masyarakat beriadah, malah menjadi tempat membina hubungan kekeluargaan, mengeratkan silaturahim, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta membentuk gaya hidup yang lebih sihat.


Taman Tasik Kamunting menjadi taman tasik kedua di Taiping

Dalam era pembangunan pesat hari ini, kawasan hijau semakin menjadi keperluan kepada masyarakat.

Yang Dipertua MPT Mohamed Akmal Dahalan berkata, program ini juga bertujuan mencapai beberapa objektif utama iaitu memperindah kawasan Taman Tasik Kamunting melalui aktiviti pembersihan dan penanaman pokok-pokok.

Selain itu, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar dan menjaga ruang hijau sebagai warisan bersama.

“Menggalakkan budaya pengurusan E-Waste yang sistematik dan selamat agar pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan dan menyemarakkan semangat sukarelawan dalam kalangan penduduk setempat melalui aktiviti gotong-royong dan kerjasama komuniti.

“Mewujudkan kawasan rekreasi yang lebih selamat, kondusif, ceria dan mesra pengguna untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kerajaan, pihak swasta, institusi pendidikan serta komuniti demi pembangunan bandar yang mampan,” katanya sempena Program Pengindahan Taman Tasik Kamunting dekat Taiping pada 19 Julai 2026.


Sekumpulan orang ramai yang menyertai progran gotong-royong di Taman Tasik Kamunting

Sehubungan itu, Mohamed Akmal berkata, adalah menjadi tanggungjawab pernduduk bersama untuk memastikan taman-taman rekreasi sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat, teratur dan menarik supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, tambahnya.

Menurut beliau lagi, program hari ini merupakan satu inisiatif penting MPT dalam mempertingkat kualiti persekitaran fizikal Taman Tasik Kamunting melalui aktiviti gotong-royong, kerja-kerja pembersihan, penanaman pokok-pokok serta usaha mencantikkan landskap taman.

Lebih bermakna lagi, katanya, program ini turut digabungkan dengan Kempen Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik atau E-Waste. Kempen ini memberi peluang kepada masyarakat untuk melupuskan barangan elektrik dan elektronik yang rosak secara selamat dan bertanggungjawab. 

“Kita sedar bahawa pembuangan E-Waste secara tidak terkawal boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan kadmium.

“Oleh itu, melalui program ini masyarakat dididik supaya menguruskan sisa elektronik mengikut kaedah yang betul demi menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya,” - KitaReporters


Kakitangan MPT dan orang ramai yang menyertai gotong-royong di taman rekreasi Taman Tasik Kamunting, Taiping
15
14
0
12
0

Copy Link: