Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (ESDA) memerlukan dana sebanyak RM1.24 juta untuk membeli rumah perlindungan bagi memastikan orang kelainan Upaya (OKU) dapat terus berlindung dan melatih mereka untuk menjalankan pekerja sampingan.


Stephen Chow Chee Kheong  (depan tengah) dan Ong Seng Guan (empat dari kanan) bergambar di depan Pusat Komuniti Taiping di Taiping.

Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (ESDA) memerlukan dana sebanyak RM1.24 juta untuk membeli rumah perlindungan bagi memastikan orang kelainan Upaya (OKU) dapat terus berlindung.

Pengerusi ESDA, Stephen Chow Chee Kheong berkata, kegagalan mendapatkan dana bermakna mereka akan berpindah ke tempat lain.

Menurutnya, rumah itu menjadi pusat latihan untuk melatih seramai 47 OKU menjalankan pekerja sampingan bagi memastikan mereka tidak terpinggir seperti orang lain.

“Kita berikan mereka pekerjaan seperti melipat baju dan seluar serta beberapa pekerjaan lain supaya mereka tidak kesunyian dan menyendiri,” katanya ketika ditemui mengenai program kolaborasi ESDA Charity Fun Run/Walk 2026 bersama Taiping Road Runner (TRR) di Taiping pada 13 Julai 2026.

Stephen berkata, OKU terbabit diberikan elaun selain itu mereka juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, pihaknya kini menanggung kos operasi sebanyak RM20,000 setiap bulan termasuk pembayaran elaun, bil elektrik, air dan sebagainya.

Menurut beliau, melalui kerjasama dengan TRR, pihaknya yakin mendapat sokongan daripada pelbagai pihak untuk membantu dana bagi tujuan tersebut.


Ong Seng Guan (empat dari kanan) bergambar bersama-sama kakitangan Pusat Komuniti Taiping sebagai memberikan sokongan bagi penganjuran ESDA Charity Fun Walk/Run di Taiping.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan berkata, melalui program Charity Fun Run, beliau yakin memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk membantu rumah itu.

“Rumah ini menjalankan tanggungjawab untuk membantu golongan OKU,” katanya.

Sementara itu  ESDA Charity Fun Walk/Run sejauh 5km dan 3km akan diadakan di Pavillion Zoo Taiping pada 19 September 2026.

Yuran penyertaan bagi 5km sebanyak RM50 seorang, manakala kanak-kanak dan OKU sejauh 3km tidak dikenakan bayaran.

Tarikh tutup penyertaan pada 19 Ogos 2026. - KitaReporters

9
14
0
19
0

Copy Link: