Enaknya bubur asyura versi utara! Usaha Biro Muslimat SAS! Rapatkan ukhuwah, hidupkan keharmonian!
Published byBiro Muslimat Surau As-Siddiq (SAS), Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, mengambil inisiatif tradisi kemasyarakatan dengan memasak bubur asyura bersempena bulan Muharam untuk memupuk semangat ukhuwah dan menyemai amalan bersedekah.

Sahabat Biro Muslimat Surau As-Siddiq (SAS), Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras memasukkan pelbagai rencah untuk memasak Bubur Asyura.
Biro Muslimat Surau As-Siddiq (SAS), Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor, mengambil inisiatif tradisi kemasyarakatan dengan memasak bubur asyura bersempena bulan Muharam untuk memupuk semangat ukhuwah dan menyemai amalan bersedekah.
Aktiviti
memasak bubur asyura itu dijalankan secara bergotong-royong membabitkan lebih
50 sahabat Biro Muslimat yang berlangsung di bahagian luar halaman dapur surau
berkenaan dengan menggunakan tiga periuk besar bermula awal pagi 16 Julai 2026.
Proses penyediaan bahan rencah bubur asyura itu dilakukan bersama-sama antara sahabat biro berkenaan, manakala kerja mengacau adunan dilakukan bergilir-gilir secara berterusan kerana ia mengambil masa yang lama di samping memerlukan kudrat bagi menjamin makanan tradisional berkenaan masak dengan sempurna.

Sahabat Biro Muslimat bergilir-gilir mengacau bubur asyura.
Wakil Biro
Muslimat SAS, Rohaya Mustapa, berkata mereka memasak bubur asyura versi utara
untuk dihidangkan serta diagihkan kepada jemaah surau bermula selepas solat zuhur, asar dan isyak membabitkan 500 bekas plastik.
Menurutnya,
biro berkenaan mengagihkan bubur asyura itu kepada jemaah selepas solat
terbabit untuk dinikmati bersama keluarga, bagaimanapun ada juga antara mereka
yang makan bersama-sama rakan di bahagian dewan solat terbuka.
Rencah bubur asyura versi utara terkenal dengan gabungan rasa manis berlemak, pekat dan meriah dengan pelbagai bahan utama antara seperti tepung beras, tepung jagung, santan pekat, gula merah, gula pasir di samping campuran ubi keledek, labu manis, pisang, jagung manis, beberapa jenis kekacang dan sebagainya.

Rohaya Mustapa (kiri), Hanizah Abdu Hamid dan Ema Suriani turut berganding bahu mengacau bubur asyura.
Ahli Jawatankuasa surau berkenaan, Hanizah Abdul Hamid menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kerana ramai sahabat biro itu dapat meluangkan masa untuk hadir bagi bergotong-royong memasak bubur asyura dan kemudiannya membantu dalam kerja pembungkusan dalam bekas plastik.
“Kerjasama
yang ditunjukkan ini amat dihargai walaupun kami dalam pelbagai usia, namun
masih mampu untuk berganding bahu bagi menyelesai aktiviti yang memberi manfaat
kepada semua komuniti khusus berpeluang menikmati keenakan bubur asyura versi
utara,” ujarnya.
Rakannya Ema Suriani pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada penginfak yang banyak membantu dalam penyediaan bahan rencah bagi membuat bubur asyura itu dan berjalan lancar apabila dilakukan secara bergotong-royong.
“Sahabat biro pula begitu komited memberi kerjasama untuk memasak bubur asyura sehingga selesai dan membantu dalam pembungkusan 500 bekas plastik untuk diagihkan kepada jemaah surau ini.
"Jika tanpa bantuan sebegini sudah pasti proses penyediaan serta memasak makanan tradisional ini akan terbantut,” katanya.

Bergotong-royong memasukan bubur asyura dalam bekas plastik untuk diagihkan kepada jemaah SAS.
Guru Kelas Mengaji
Dewasa SAS, Ustaz Alias Ahmad menyifatkan usaha Biro Muslimat itu sebagai suatu yang
murni dan bagus kerana secara tidak langsung memupuk keharmonian serta ukhuwah
dalam komuniti hidup berjiran apabila boleh bekerjasama dan bergading bahu
menjayakan aktiviti kemasyarakatan.
“Kebetulan pula pada sebelah malamnya diadakan majlis bacaan yasin dan tahlil tajaan pelajar kelas mengaji yang menarik ramai kehadiran jemaah, di samping menikmati jamuan disediakan selepas solat isyak mereka juga membawa pulang satu bekas bubur asyura ini,” ujarnya. - KitaReporters

Rohaya Mustapa (lima dari kanan) bersama-sama sebahagian sahabat Biro Muslimat SAS yang terbabit dengan membuat bubur asyura versi utara.
