Larian Kesyukuran Putrajaya-Muar! Syed Saddiq sasar RM200k! Untuk beri biasiswa dan bantuan makanan!
Published byDua ratus ribu ringgit Malaysia (RM200k) disasarkan untuk disediakan sebagai biasiswa dan bantuan untuk pelajar dan penduduk di Muar sempena meraikan kesyukuran, kata Ali Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS).

Biasiswa itu akan diagih-agihkan selepas SS selesai membuat larian dari Istana Kehakiman Putrajaya ke Muar, yang bermula pada Khamis 16 Julai 2026.
Tarikh larian kesyukuran itu diumumkan oleh SS dalam sembang dalam TikTok selepas dia kekal bebas daripada tuduhan rasuah dan penggubahan wang.

Itu antara nazar ditunaikan ketika beliau dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan rasuah dan menyalahgunakan wang milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Armada adalah sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
SS juga terlepas hukuman penjara.
Sembang santai itu untuk menjawab pertanyaan warga netizen mengenai tarikh pernikahan mereka dan majlis kesyukuran.

SS yang ditemani calon isterinya, penyanyi dan pelakon Dayang Bella Astilah Awang atau Bella, berkata larian kesyukuran sejauh 170 kilometer tu adalah tanda kasih pada warga Muar yang sudah dua penggal melantiknya menjadi Ahli Parlimen.
SS juga memberitahu disebabkan peruntukan Parlimen untuk Muar tidak diperolehinya, dia terpaksa bekerja keras dan setakat ini mengumpul lebih RM6 juta untuk membiayai kawasan pilihan rayanya.
Larian sebelum naik pelamin itu juga memenuhi minatnya kepada sukan Ironman itu.
Dan tanda cinta kepada Bella yang selama ni setia menemaninya serta berada di sisi mengharungi 6 tahun naik turun mahkamah.

Mereka sudah bertunang dan majlis nikah dijangka tidak lama lagi. BASS tidak dibenarkan mengumumkan tarikh perkahwinan itu.
Ini kerana mereka sudah menandatangani kontrak dengan Astro yang menaja serba lengkap majlis itu.
Bila dan lokasi serta tema akan diumumkan oleh badan penyiaran tu. Dijangka ada beberapa lokasi majlis naik pelamin. Ini termasuk Muar dan Sabah.
Paling tidak pun, akan ada satu majlis rasmi untuk kenalan dan rakan media serta sahabat kabinet dan Ahli-AHli Parlimen di ibu kota.
Cara lamaran SS juga unik. Dengan anak Bella, beliau memberitahu mahu menikahi ibu mereka dengan membuat lukisan. Menambahkan dirinya sebagai "daddy" untuk menjaga mereka.
Kedua anak Bella dari awal menerima dan sangat menyukai SS, sampaikan turut mengambil bahagian dalam larian Ironkid di bawah bimbingan SS.

Sebenar takdir dan jodoh menemukan mereka dalam saat kedua-duanya berada di titik terendah diuji yang akhirnya membuahkan keputusan yang bahagia.
Dua tahun lalu, Bella dicurangi 11 kali dengan skandal bekas suaminya penyanyi dari Singapura termasuk ditangkap berkhalwat dengan pelakon yang juga kawan baiknya.
Bella bercerai dalam keadaan beranak dua, Ara dan Ayden masih kanak-kanak dan tanpa nafkah, dia dianggap akan "kebuluran" atas alasan dia bukan penyanyi yang bagus pun dan berlakon pun tidak sepopular mana.
Rentetan tu, Bella mengajak SS menjadi duta bersamanya menggayakan koleksi keluaran jenama Primavalet.
Selepas satu, satu ditawarkan menjadi duta daripada koleksi pewangi, kosmetik, rawatan penjagaan badan sehingga barangan kemas. SS dan BA berjaya menubuhkan BASS sebagai jenama mewakili mereka.

Dari Semporna Sabah - Malaysia sehingga ke Korea Selatan, Paris dan Switzerland sehingga ke Brunei, tim BASS berjaya mempromosikan industri fesyen sehingga pelancongan.
Sebagaimana kata ibu SS, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, sesiapa yang ingin berada di samping anaknya hendak sanggup berkorban. Dan ciri-ciri itu ada pada Bella Astillah.

"Sebelum ni mama risau dan takut untuk terlebih sayangkan Bella. Risiko dipenjarakan itu lama. Mama baru hendak buat persediaan selepas keputusan ini," katanya yang merestui Bella dengan anaknya. - KitaReporters

