Mencari keredaan Allah! Penduduk Desa Cemara masak bubur! Masjid Sultan Iskandar anjur selawat!

Published by
KitaReporters

Pelbagai cara dan aktiviti dianjurkan bagi mencari keredaan Allah SWT. Penduduk Blok A Desa Cemara, Sembilang, Seberang Jaya memasak bubur asyura untuh disedekahkan, manakala Masjid Sultan Iskandar menganjur majlis Sejuta Cinta Dalam 1,000 Selawat Jibril.


Bubur asyura dikacau dalam periuk dan kawah secara bergilir-gilir.

Bubur asyura yang telah siap dimasak kemudiannya diisi dalam ratusan bekas.

Walaupun 10 Muharam telah berlalu, ia tetap diraikan oleh sebahagian masyarakat dengan memasak bubur asyura yang telah menjadi tradisi dan rutin sejak sekian lama.

Seawal pagi 12 Julai 2026, penduduk Blok A Desa Cemara, Sembilang, Seberang Jaya sama ada yang kecil mahupun dewasa, tua ataupun muda tetap turun padang bagi merealisasikan program masakan bubur asyura menjadi realiti.


Dimasak sepenuhnya baharulah kemudian diisi dalam ratusan bekas yang disediakan.

Tugas diagihkan menurut bahagian dan kemampuan masing-masing.

Ada yang mengambil bahagian menyediakan bahan masakan, dan sebahagian lagi mengambil tugas mengacau bubur dalam kawah dan periuk.

Manakala sebahagian lagi membantu mengisi dan mengagihkan bubur yang telah dimasak ke dalam bekas sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Gotong-royong semua peringkat umur penduduk Blok A Desa Cemara, yang telah menjadi amalan sejak sekian lama terbukti mampu menerapkan nilai-nilai kerjasama dan hubungan ukhwah antara penduduk.

Bubur asyura yang telah siap dalam bekas kemudiannya diagihkan bukan sahaja kepada penduduk tetapi juga kepada petugas keselamatan dan anggota polis yang membuat rondaan.


Bubur asyura yang siap dalam bekas kemudian diagihkan kepada penduduk.

Realitinya memperingati 10 Muharam yang menjadi tradisi di Malaysia dan nusantara sememangnya telah sebati di sanubari dan jiwa.

Yang pasti ia tetap kekal dan memberi banyak manfaat kepada penganjur dan penerima bubur asyura.


Anggota polis yang membuat rondaan juga disantuni dengan agihan bubur asyura.
Agihan bubur asyura kemudian diberikan kepada penduduk dan orang ramai yang telah sedia menanti.

Sementara itu, pelbagai cara dan kaedah direncanakan bagi mendapat ganjaran dan pahala dari Allah SWT.

Begitu juga dengan Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato' Onn, Johor Baharu. Ia bukan sahaja menjadikan masjid tersebut sebagai tempat bersolat semata-mata, sebaliknya dihidupkan dengan majlis yang memberi manfaat kepada ummah dan masyarakat setempat.

Majlis yang akan dipenuhi dengan selawat dan pengisian rohani serta merapatkan ukhwah sesama muslimah akan diadakan pada 25 Julai 2026.


Majlis Sejuta Cinta dalam 1,000 Selawat Jibril

Seawal 8.45 pagi majlis yang dikhaskan hanya untuk kaum Muslimat dan dikenali sebagai 'Sejuta Cinta Dalam 1,000 Selawat Jibril' ini akan dibimbing oleh Ustazah Sharifah Radziah Syed Abdullah Al-Habsyi.

Manakala program seterusnya adalah bingkisan hikmah yang bertemakan 'Tingginya akhlakmu Ya Rasulullah' dengan menampilkan Ustaz Salem Yusof.

Majlis selawat Jibril ini terbuka khas hanya untuk para Muslimah dengan pesanan supaya setiap Muslimah membawa tasbih bersama mereka.

Sahabat-sahabat Muslimah serta keluarga masing-masing amat digalakkan untuk bersama-sama berhimpun bagi mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT'


Bingkisan hikmah oleh Ustaz Salem Yusof


Antara mereka yang boleh dihubungi bagi menyertai majlis selawat tersebut ialah Hajah Min menerusi talian 013778375 ataupun Su Ateh menerusi talian 0183725968 dan Che Sa melalui talian 0198927589. - KitaReporters


Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato' Onn, Johor Baharu menjadi lokasi Majlis 1,000 Selawat Jibril.

22
18
0
6
0

Copy Link: